Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Isu Jentera Kembali Hantui...

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Mercedes kembali berdepan ‘penyakit’ lama selepas Lewis Hamilton mendakwa jenteranya...

ESM Sedia Cari Atlet...

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) kini sudah bersedia membuat pemilihan...

Menteri Undur: Khabar Angin...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyifatkan dakwaan ada menteri...

A400M Selamat Tiba Di...

JAKARTA - Pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini melaksanakan...

2 Maut Ditembak Penyerang Tidak Dikenali

NARATHIWAT – Dua maut akibat ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam dua kejadian di wilayah bergolak Narathiwat ketika delegasi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sedang melawat beberapa wilayah di selatan Thailand.

Penolong Ketua Polis Takbai Kapten Wirapong Inpakwean berkata seorang lelaki berusia 26 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di dalam rumahnya di Kampung Sipo, Takbai pada 4.35 pagi tadi (waktu tempatan).

“Pihak polis tidak menemui sebarang kelongsong peluru di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian 11.40 malam semalam (waktu tempatan) pula, seorang lelaki berusia 60 tahun ditembak di bahagian badannya ketika berada di depan rumahnya.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Nasir’ itu bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. – BERNAMA

Kategori