KEJI… Dua peserta pertandingan ratu cantik telah ditahan ketika cuba menjual seorang remaja perempuan berusia 18 tahun untuk dijadikan sebagai hamba seks di negara Timur Tengah.
Mereka ialah Ksenia Starikova, 22, yang merupakan ibu kepada seorang anak dan Tatiana Petrova, 19.
Ksenia dikatakan dalang dalam kes itu. Mereka ditangkap di lapangan terbang Moscow ketika cuba mencapai perjanjian dengan pembeli gadis berkenaan yang dijual pada harga RM100,000.
Mangsa merupakan pelajar, telah dijanjikan kerja sebagai pengasuh di sebuah negara yang tidak didedahkan namun apabila tiba di sana, pasportnya akan dilucutkan, dipukul, diculik dan dipaksa bekerja di rumah pelacuran.
Perkara itu terbongkar selepas polis menyamar sebagai pembeli dan mereka ditangkap setelah Ksenia menerima wang berkenaan di lapangan terbang.
Ksenia merupakan peserta akhir pertandingan ratu cantik Mrs. Rusia 2017. Ksenia telah bercerai dan kini merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 14 tahun.
Ksenia juga mengendalikan agensi modeling dan ketika ini sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana.
Manakala Tatiana pula merupakan model campuran Rusia dan Bulgaria. Dia adalah peserta akhir Top Russia International 2018.
Kedua-dua mereka telah didakwa dengan tuduhan pemerdangan manusia dan berdepan hukuman penjara enam tahun jika sabit kesalahan.
Mangsa pula merupakan pelajar universiti di Moscow dan cemerlang dalam pengajiannya. Dia bersedia menjadi pengasuh untuk sementara waktu dan bercita-cita menjadi penterjemah selepas menamatkan pengajian dalam bidang bahasa asing. – MYNEWSHUB.CC