Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Atlet Gusti Iran Tarik...

SERBIA : Seorang atlet gusti dari Iran memutuskan untuk menarik diri daripada Kejohanan...

Kerajaan Terap Langkah Tepat...

PUTRAJAYA - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus menerapkan langkah-langkah yang tepat bagi...

Ramai Ambil Mudah Membuat...

ALOR SETAR - Sikap tunggu dan lihat serta tidak faham kepentingan penamaan waris...

Snoop Dogg Pilih Joe...

KUALA LUMPUR : Tiada yang lebih membanggakan Joe Flizzow apabila bintang rap dunia,...

21 PATI Ditahan Dalam Op Mega 2.0 Di Kuala Ketil

BALING – Seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia Kedah dalam Operasi Mega 2.0 yang dilaksanakan di sekitar Kuala Ketil dekat sini malam tadi.

Pengarah Imigresen negeri Zuhair Jamaludin berkata pihaknya berjaya menahan 15 lelaki dan enam wanita berumur antara 19 hingga 49 tahun dengan kesemuanya merupakan warga Thailand dalam operasi yang bermula dari 8.30 malam hingga 2 pagi itu.

“Operasi penguatkuasaan itu menyasarkan enam premis makanan yang menyajikan makanan ala Thailand dan seramai 84 warga asing dari pelbagai kerakyatan diperiksa.

“Daripada pemeriksaan tersebut, kami berjaya menahan 21 daripadanya yang merupakan pekerja di restoran tersebut kerana melanggar Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuhair berkata sehubungan itu kesemua mereka kini ditahan di lokap imigresen di bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori