Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Imam Besar Masjid Al-Aqsa...

PUTRAJAYA - Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri memuji peranan...

Haramkan Makan Dan Jual...

KOTA KINABALU - Menjual atau makan telur penyu perlu diharamkan di seluruh negara,...

Kerajaan Persekutuan Bangunkan Kelantan...

KOTA BAHARU - Kerajaan persekutuan sedang memberi perhatian yang lebih untuk membangunkan Kelantan...

JASA Perjelas Isu Semasa...

MIRI - Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan menggunakan pendekatan penerangan yang berdasarkan...

241 Mesin CT Scan, 104 MRI Di Hospital Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Terdapat sebanyak 241 Mesin Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan) dan 104 mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) ditempatkan di hospital seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata sebanyak 69 buah mesin CT Scan ditempatkan di hospital kerajaan dan hospital angkatan tentera, manakala 172 buah di hospital swasta dan hospital universiti.

Katanya, bagi MRI pula sebanyak 31 mesin ditempatkan di hospital kerajaan dan hospital angkatan tentera, manakala 73 buah di hospital swasta dan hospital universiti.

“Setakat ini, semua hospital negeri ada MRI dan terdapat 15 hospital pakar major yang belum dapat MRI. Untuk CT scan pula, semua hospital pakar major sudah ada CT Scan dan 10 hospital pakar minor belum ada lagi.

“Kita ada perancangan untuk memasang MRI dan CT Scan secara berperingkat kerana kosnya tidak murah,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) yang bertanyakan bilangan dan lokasi bagi mesin MRI dan CT scan di hospital seluruh negara.

Dr Hilmi menambah kos bagi sebuah MRI tidak termasuk kos pemasangan adalah RM7 juta manakala kos sebuah CT Scan adalah RM1.4 juta dan boleh mencecah RM2.4 juta, jika termasuk kos pemasangan. – BERNAMA

Kategori