Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Ini Dakwa Dibuang...

SEORANG wanita, Emma Hulse merasakan paras rupanya yang terlalu cantik menjadi punca dia...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di...

Islam Mengajak Berbuat Kebaikan,...

SETIU - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah umat Islam perlu menghayati...

Sultan Johor Ucap Takziah...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan ucapan...

3 Mac: Runtuhnya Khalifah Islam 94 Tahun Lalu

TANGGAL 3 Mac 1924 menjadi satu tarikh hitam buat umat Islam dengan jatuhnya sistem khalifah Islam yang sudah berabad-abad memerintah.

Sultan Abdul Hamid II telah berusaha sehabis mungkin meneguhkan Empayar Islam Turki yang sedang tenat akibat ditekan oleh kuasa-kuasa besar Eropah yang lain, dan ditambah pula hutang kerajaan yang tinggi pada ketika itu.

Sultan Abdul Hamid II (1876-1909 M).

Semasa pemerintahan baginda, pemimpin utama Zionist iaitu Theodore Herzl datang menghadap Sultan Abdul Hamid II dengan penuh hormat sambil tunduk dan mencium tangan baginda.

Herzl meminta pada baginda agar membenarkan orang-orang Yahudi yang terusir dari Eropah membina penempatan di Palestin dengan menawarkan bayaran emas bernilai 150 juta pound. Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid II.

“Beta tidak akan menjual walau seinci pun tanah Palestin kerana tanah itu bukan milik beta tetapi ia milik umat Islam. Mereka mendapatkan tanah ini dengan darah,” kata Sultan Abdul Hamid II kepada Theodor Herzl.

“Simpan saja wang kamu itu. Kamu akan mendapat wilayah Palestin secara percuma jika empayar ini musnah. Selagi beta hidup, beta tidak akan benarkan perkara itu berlaku,” tegasnya lagi.

Theodore Herzl pemimpin kumpulan Zionis yang pertama.

Pendirian Sultan Abdul Hamid II itu telah menyebabkan Zionis mengamuk dan tidak berdiam diri.

Sultan Abdul Hamid II digulingkan takhta dalam satu peristiwa berdarah sebelum digantikan khalifah Sultan Mehmed V, Sultan Mehmed VI dan Sultan Abd-ul-Mejid II yang hanya sebagai boneka sahaja.

Sistem khalifah di ambang kejatuhan tatkala Mustafa Kamal Ataturk diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama pada 29 Oktober 1923.

Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Mustafa telah dirancang rapi untuk mengaburi mata rakyat Turki pada masa itu sehingga mereka berasa yakin dengan kepimpinan beliau.

Semasa pemerintahan Mustafa, beliau telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah.


Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh anggota organisasinya sendiri. Detik hitam ini dirakamkan pada 3 Mac 1924.

Rentetan daripada itu, kedurjanaan Mustafa  yang dilantik sebagai Presiden Turki telah pun terserlah dengan menjadikan Turki sebagai negara yang sekular atas alasan mahu memodenkan Turki mengikut gaya Barat.

Sejurus selepas sistem khalifah secara rasmi dibubarkan, beliau telah mengumumkan beberapa perkara iaitu:

  1. Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara
  2. Menutup mahkamah-mahkamah Syariah
  3. Menghapuskan jawatan Menteri Syariah
  4. Membubarkan sekolah agama dengan mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan

Antara perubahan lain yang dilakukan oleh Mustafa ialah azan dilaungkan dalam Bahasa Turki, pemakaian yang dikaitkan dengan agama adalah diharamkan seperti purdah dan tudung serta kalendar Hijrah ditukar dengan kalendar Masihi.

Mustafa Kamal Ataturk merupakan Presiden Turki yang petama (1918-1934 M).

Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924, umat Islam terus ditimpa musibah yang seperti tiada kesudahannya.

Kerajaan Islam kecil yang bernaung di bawah Turki sebelum ini telahpun dikaut dan dijajah oleh Eropah.

Selain itu, masyarakat juga menjadi pincang dan berpecah belah sehinggakan umat Islam seakan-akan dibiarkan tergantung tak bertali.

Akhirnya, selepas 3 Mac 1924, tiada lagi khalifah Islam sehingga ke hari ini dan corak pemerintahan Islam hanyalah menjadi satu lagi lembaran sejarah yang ditinggal kenangan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori