Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

6,509 Kes Baharu Hari...

KUALA LUMPUR - Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini masih merekodkan angka...

Serangan Tembakan Siam Paragon:...

BANGKOK - Pihak berkuasa tidak boleh meneruskan tindakan undang-undang ke atas suspek serangan...

Negeri Sembilan Tetapan 50%...

PORT DICKSON - Bagi membantu rakyat untuk memiliki rumah, kerajaan Negeri Sembilan memastikan...

Cathay Pasific Rancang Untuk...

KUALA LUMPUR - Cathay Pacific, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong, merancang...

3,197 Mesin Judi Pelbagai Jenis Dilupuskan

GEORGE TOWN – Polis melupuskan sejumlah 3,197 pelbagai jenis mesin perjudian bernilai kira-kira RM4.5 juta yang dirampas sejak tahun 2015 hingga tahun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata semua mesin judi itu dirampas hasil serbuan di 514 premis perjudian dan polis turut menahan 988 pemilik judi, penganjur serta pelanggan.

“Dalam tempoh yang sama, sebanyak 307 kes telah didakwa di mahkamah dan polis juga merampas wang tunai sejumlah RM151,041 yang berkaitan dengan aktivi perjudian.

“Semua barang berkaitan kes perjudian membabitkan mesin simulator, mesin jackpot, komputer dan komputer riba dilupuskan atas arahan mahkamah selepas selesai perbicaraan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Mesin Perjudian di Padang kawad Pasukan Polis Marin Wilayah 1, di sini hari ini.

Beliau berkata pelupusan barang kes elektronik atau e-sisa itu dilaksanakan menerusi kaedah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan berjadual) 20015, mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.Thaiveegan berkata kaedah yang dilakukan hasil selian Jabatan Alam Sekitar itu lebih selamat, mesra alam dan mencegah pencemaran logam berat terhadap alam sekitar.

Sementara itu, seorang lelaki ditahan selepas membaling botol air dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menahan teman wanitanya dalam Op Ikrar di sebuah pusat hiburan di Jalan Transfer, di sini awal pagi ini.


Lelaki tempatan berusia 30-an itu naik angin selepas teman wanitanya warga Vietnam ditahan dalam operasi yang bermula pukul 1 pagi dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian, kata Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang Khwaja Banthey Navaz Mohd Hanief.

Beliau berkata dalam operasi itu, seramai 16 wanita warga Vienam dan Nigeria berusia 20 hingga 32 tahun yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (gro) ditahan.

Turut ditahan dua lelaki masing-masing warga Myanmar dan Thailand berusia 20-an kerana bekerja tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri, katanya. – BERNAMA

Kategori