Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kata Azab Duduk Rumah...

SELEPAS isunya teruk dihentam netizen gara-gara haiwan peliharaannya, kali ini jutawan produk kecantikan...

Syed Aiman, Linda Rafar...

PELAKON dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar selamat melahirkan bayi lelaki, kira-kira pukul...

Anina Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - Bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin hari ini menarik...

Anwar Beritahu Pakatan Baharu...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

4,358 Akaun Media Sosial Palsu Diambil Tindakan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 4,358 akaun palsu bagi tempoh Januari tahun lepas hingga Februari tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata daripada jumlah tersebut, 80 peratus daripadanya telah dipadam oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing.

Katanya, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan terhadap 40 laman sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan maklumat serta berita berunsur palsu.

“Sejak Januari 2017 hingga Februari 2018, sejumlah 45 kertas siasatan telah dibuka oleh SKMM bagi kes berkenaan dengan penyebaran berita palsu di pelbagai platform media sosial telah disiasat, dengan empat kes telah dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Khairudin Samad mengenai perancangan kerajaan dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat dan berita palsu yang semakin berleluasa ketika ini.

Salleh berkata berdasarkan analisa yang dijalankan SKMM, majoriti masyarakat Malaysia memperoleh berita tidak ditentusah atau palsu daripada sumber aplikasi WhatsApp iaitu 84 peratus, diikuti oleh Facebook (lapan peratus), blog (empat peratus) dan lain-lain (empat peratus).


Beliau berkata kementerian melalui SKMM akan terus memperkasa tindakan penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan terhadap sebarang salah laku di media sosial dan Internet secara amnya melalui Jawatankuasa Khas Jenayah Siber yang dianggotai pelbagai kementerian dan agensi.

Menurut Salleh, portal Sebenarnya.my mendapat tindak balas positif daripada masyarakat umum berdasarkan jumlah layaran mencapai lebih 25 juta setakat ini dengan purata hampir dua juta layaran setiap bulan sejak pelancarannya pada 14 Mac tahun lepas.

“Analisis yang dijalankan melalui portal Sebenarnya.my mendapati wujudnya peningkatan purata 10 peratus setiap suku tahun terhadap jumlah layaran portal. Peningkatan ini memberi indikasi positif wujudnya peningkatan kadar kesedaran dalam kalangan masyarakat awam Malaysia dalam membudayakan amalan menyemak, menganalisis dan menentusahkan berita yang mereka terima,” katanya. – BERNAMA

Kategori