Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Fatwa Ibu Bapa Lain...

KANGAR - Jabatan Mufti Negeri Perlis memandang serius persepsi dan kerisauan dalam kalangan...

Tidak Perlu Tutup Pintu...

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan bagi negara menutup pintu sempadan antarabangsa termasuk menguatkuasakan...

Hanya Warga Nepal Dibenar...

PUTRAJAYA - Hanya pengawal keselamatan warga Nepal dibenarkan bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan...

Pegawai Kanan MAHB Bebas...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang direman sejak...

5 Gerai Makan Di AU3 Musnah Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR – Lima buah gerai makan berhadapan rumah kediaman Polis Diraja Malaysia di AU3 Keramat, di sini musnah dalam kebakaran lewat hari ini.

Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan dua buah gerai lain berdekatan daripada turut musnah dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat Mohd Fahmi Abd Rahim berkata panggilan kecemasan diterima padal 7.03 malam dan seramai 21 anggota dan pegawai dengan tiga jentera dari balai bomba dan penyelamat Wangsa Maju, Keramat dan Ampang dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal dalam masa 15 minit. Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.

Saksi kejadian Nur Fitri Ema Zulkafli, 33, berkata kebakaran bermula di gerai tengah sebelum merebak ke deretan premis yang lain.


“Mula-mula api kecil sebelum merebak pantas melalui wayar elektrik di situ… Saya nampak api mula di bahagian belakang kedai.

“Mujur ketika kejadian tiada pelanggan di kedai-kedai di situ yang hanya dibuka pada waktu pagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori