Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penyerang Masjid London Mahu...

LONDON - Suspek yang juga bapa kepada empat anak, Darren Osborne ditahan selepas...

Salah Dedah Mahu Pula...

BINTANG Liverpool Mohamed Salah mendedahkan dia mahu menyertai Real Madrid pada musim panas...

Mahkamah Tetapkan 30 Sept...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 30 September ini untuk pendengaran rayuan pihak...

Puasa Dan Berlari Atas...

PENGACARA popular, Datuk Haji Aznil Nawawi atau mesra disapa dengan panggilan Pak Nil...

5,000 Peminat Diundang Ke Majlis Resepsi Fattah-Fazura

PEMINAT tegar pasangan sensasi, Fattah Amin dan Fazura boleh mula bersiap siaga untuk ke majlis resepsi mereka.

Ini kerana 5,000 peminat bertuah bakal mendapat peluang untuk memeriahkan majlis tersebut yang akan diadakan Ahad ini.

Jelas Fattah, sebelum ini dia dan Fazura pernah berjanji untuk berkongsi kegembiraan bersama-sama peminat setia mereka dan acara ini dianjurkan bagi melunaskan janji yang telah diucapnya itu.

Acara tersebut akan diadakan di Royale Palace, Shah Alam dan akan dibahagikan kepada dua sesi bagi memastikan kelancaran majlis.

“Kami mengundang seramai 5,000 peminat untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi kali ini. Acara akan berlangsung pada sebelah siang dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak.

“Kami juga akan cuba sedaya upaya memuaskan hati peminat yang hadir. Memang menjadi hasrat kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya dan isteri, selama ini,” katanya memetik BH Online.

Ujar Fattah, dia dan isterinya mahukan majlis resepsi yang santai dan mesra yang membolehkan mereka meluangkan lebih masa dengan peminat mereka.

“Atur caranya ringkas sahaja. Kami mahukan sesuatu yang lebih intim termasuk bergambar bersama-sama peminat dan berbual mesra dengan mereka,” ujarnya.


Sebelum ini, sebuah majlis resepsi bertemakan ‘fairytale’ diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara yang diadakan khusus buat rakan kedua mempelai tersebut dan keluarga mereka pada 25 Februari lalu.

Fattah dan Fazura mula mengenali satu sama lain di set penggambaran drama lakonan mereka berdua berjudul Hero Seorang Cinderella.

Melalui drama tersebutlah mereka berdua mula mengenali satu sama lain dengan lebih dekat dah kemudiannya melangsungkan pernikahan secara tertutup pada 27 November lalu.

Fattah ditemui ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang diadakan di Petaling Jaya, malam tadi.

Filem KL Special Force ini merupakan filem sulung Fattah Amin yang menyaksikan dia bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat lain seperti Rosyam Nor dan Syamsul Yusof dan akan mula menemui penonton di pawagam khamis ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori