Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengecualian SST Tamat, Ramai...

KUALA LUMPUR : Pembatalan tempahan kenderaan dijangka meningkat pada Julai jika kerajaan tidak...

Tiada Keyakinan Punca Khairuddin...

BERA - Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu...

Program Jualan Prihatin PN...

Kita sambut baik usaha bantu rakyat oleh mana-mana pihak, namun ada persoalan di...

Hina Bugis: Polis Rakam...

PUTRAJAYA - Polis hari ini mengambil keterangan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung...

5,500 Polis P.Pinang Bertugas Sepanjang PRU14

GEORGE TOWN – Seramai 5,500 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang bagi mengawal keselamatan, melancarkan proses kempen, penamaan calon dan pengundian.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata ketika ini semua pegawai dan anggota polis Kontinjen Pulau Pinang berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum itu

“Jika keadaan memerlukan penambahan pegawai atau anggota polis saya akan minta dengan Bukit Aman untuk tambah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan di sini terkawal.

“Tapi saya yakin jumlah pegawai dan anggota yang ada di Pulau Pinang itu mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihan Amal Ex-Undi Per PRU14 Siri 2 Fasa 2 Polis Kontijen Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada latihan itu, turut diadakan simulasi menangani aktiviti rusuhan dalam kalangan penyokong parti bertanding yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya dan ia diadakan di perkarangan Dewan Seri Pinang di sini.

Thaiveegan berkata pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa lokasi panas di negeri itu pada PRU akan datang dan senarai penuh akan disiapkan dalam tempoh seminggu lagi.


Ini merangkumi kawasan panas sedia ada dan kawasan panas baharu yang dikenal pasti, katanya.

Mengulas simulasi hari ini, Thaiveegan berkata beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan dan berharap prestasi tersebut dikekalkan pada PRU nanti. – BERNAMA

Kategori