Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pos Malaysia Perkenal Koleksi...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan memperkenalkan koleksi setem khas...

Warga KDN Rai Pelantikan...

PUTRAJAYA - Kira-kira 200 warga kerja Kementerian Dalam Negeri hari ini meraikan Menteri...

GAMBAR: Flat Di Jalan...

KEADAAN hujan lebat dan ribut yang melanda ibu kota semalam memang agak menakutkan...

[TIDAK RASMI] BN Mendahului...

SEPANG : Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sepang, Anuar Basiran mendahului keputusan...

Mayat Dipercayai Dibunuh Ditemui Di Sungai Candong

SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki yang tidak berpakaian dengan kesan kelar di leher dipercayai dibunuh ditemui berdekatan sebuah pangkalan di Sungai Chandong, Pulau Indah, Klang hari ini.

Mayat berusia dalam lingkungan 30-an ditemui kira-kira 100 meter dari pangkalan itu oleh seorang anggota polis bantuan Westports ketika memancing di tebing sungai itu pada pukul 10.18 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata anggota polis itu memaklumkan penemuan mayat itu kepada seorang anggota polis marin dari Pangkalan Pulau Indah yang kemudian mengarahkan anggota peronda marin membawa mayat itu ke pangkalan.

“Mayat telah diperiksa oleh pegawai forensik dan didapati tidak berpakaian dengan kesan kelar pada leher dan kesan tatoo pada bahagian dada. Mangsa yang dipercayai dibunuh masih belum reput ketika mayatnya ditemui,” katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp.


Katanya bedah siasat akan dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori