PENDAPATAN yang kita perolehi boleh mencukupi untuk semua keperluan sekiranya kita lebih berhati-hati dan berhemah dalam berbelanja.
Pengguna sebenarnya ramai terjerumus ke dalam perangkap yang menyebabkan mereka membeli lebih daripada apa yang diperlukan.
Kenali dan elakkan enam perangkap ini, yang menghabiskan duit kita.
1. Tidak merancang pembelian
Akibat tidak merancang pembelian, kita cenderung berbelanja lebih atau membeli apa yang sebenarnya tidak diperlukan atau bukan prioriti.
2. Terpengaruh taktik pemasaran
Terpengaruh dengan iklan yang mendakwa sesuatu produk itu baharu atau trend terkini menyebabkan kita terdorong untuk membeli.
3. Kad kredit
Kad kredit menyebabkan seseorang itu membeli walaupun sebenarnya tidak mempunyai wang tunai yang cukup, lalu menambahkan hutang.
4. Tidak menetapkan matlamat kewangan
Tidak menetapkan matlamat kewangan seperti jumlah yang mesti disimpan, hutang yang perlu diselesaikan dan sebagainya menyebabkan anda mudah berbelanja.
5. Terikut-ikut
Gaya hidup bersama rakan-rakan rapat dan pengaruh trend terkini boleh menyebabkan perbelanjaan yang tidak diperlukan semata-mata untuk tidak mahu ketinggalan.
6. Suka shopping
Hobi berjalan-jalan di pusat membeli belah atau melayari laman-laman kedai dalam talian mudah menjerumuskan anda dalam perangkap membeli-belah dalam sekelip mata. – Mynewshub.cc/H