Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘MN Terima Lebih 10,000...

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) yang dipengerusikan oleh...

SPRM Panggil Bekas KP...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli...

Curi Motosikal Berang Gaji...

MELAKA – Tindakan seorang warga Pakistan mencuri motosikal majikan gara-gara berang gajinya tidak...

Bertempur Sebelum Bunuh 3...

JAKARTA - Pasukan polis antipengganas Indonesia berjaya menembak mati tiga suspek selepas satu...

67,500 Kg Beras Cuba Diseludup Ke Negara Ini Dirampas

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri Johor merampas 2,700 beg beras bernilai RM405,688 termasuk cukai dan duti yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini menerusi Pelabuhan Pasir Gudang, dua hari lepas.

Pengarah JKDM Johor Mohammad Hamiddan Maryani berkata rampasan ke atas 67,500 kilogram beras itu dilakukan pada 7 malam.

“Bertindak atas risikan, sembilan anggota dari Stesen Penguatkuasaan Pasir Gudang menjalankan pemeriksaan ke atas tiga buah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang.

“Hasil pemeriksaan mendapati isi kontena tersebut berbeza dengan barang yang diikrarkan,” katanya kepada pemberita di Menara Kastam Johor, di sini hari ini.

Mohammad Hamiddan berkata siasatan awal mendapati bahawa dagangan kontena tersebut diikrarkan di dalam Sistem Maklumat Kastam sebagai dagangan “Putty Powder” sejumlah 2,700 beg dengan berat muatan 67,500 kilogram.

Beliau berkata bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati isi kandungan kontena tersebut sebenarnya merupakan komoditi “Ponni Steamed Rice” sejumlah 2,700 beg dengan berat muatan sebanyak 67,500 kilogram.


Katanya kesemua beras yang dirampas itu bernilai RM273,375 manakala cukai serta dutinya ditaksirkan sebanyak RM132,313.50.

“Beras jenis basmathi berharga RM38 bagi lima kilogram mengikut harga pasaran itu dipercayai di seludup dari India dan Pakistan.

“Barang dagangan ini merupakan barang larangan import yang mana pengimportnya memerlukan lesen import daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya.

Mohammad Hamiddan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • beras

Kategori