Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Loke Cadang Bina Stesen...

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan mengesyorkan sebuah stesen bagi...

VIDEO : Dua Wanita...

Kemalangan jalan raya yang kecil-kecil biasanya akan menyebabkan berlakunya bibit-bibit pergaduhan dan pertengkaran...

Kilang Berhampiran Pasaraya Giant...

KUALA LUMPUR - Sebuah kilang memproses barangan lusuh di Taman Perindustrian Samudera, berhampiran...

Dianggap Sebagai Kekasih Anak...

Dengan kulit yang bercahaya, rambut tebal tanpa kedutan di badan, sukar untuk mempercayai...

7 Individu Rancang Bunuh Anggota Polis Ditahan

KUALA LUMPUR – Enam lelaki warga tempatan antara tujuh individu yang ditahan dipercayai terlibat dalam rancangan melancarkan serangan rumah ibadat bukan Islam dan menculik serta membunuh anggota polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kesemua lelaki berkenaan ditahan oleh Bahagian Menentang Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi yang dijalankan pada 27 Feb hingga 15 Mac lepas.

Menurutnya, dua lelaki yang berusia 49 tahun dan seorang lagi berusia 30 tahun ditahan di Johor pada 27 Feb lepas. Kesemua mereka merancang untuk melarikan diri ke sebuah negara jiran dan mendapat perlindungan daripada kumpulan pengganas negara tersebut selepas melancarkan serangan.

Katanya suspek pertama bekerja sebagai juruteknik syarikat swasta dan merupakan perancang utama serangan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam di Johor Bahru, Johor selain aktif merekrut anggota-anggota baharu kumpulan pengganas dalam kalangan rakyat tempatan.

“Suspek kedua, bekerja sebagai pengawal keselamatan yang berperanan sebagai penasihat bagi sel berkenaan. Suspek bertindak memastikan anggota-anggota sel ini menjaga kerahsiaan semua aktiviti mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Suspek turut mengeluarkan arahan bunuh kepada mana-mana anggota sel yang membocorkan rahsia mereka, katanya.

Manakala, suspek ketiga yang berusia 30 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan yang berperanan menguruskan pembelian senjata api dari sebuah negara jiran selain telah melakukan peninjauan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam di sekitar Johor Bahru, Johor untuk dijadikan sasaran.

Susulan itu, operasi yang dijalankan pada 28 Feb hingga 1 Mac membawa kepada tangkapan tiga lagi lelaki daripada anggota sel yang sama di Johor.

Suspek keempat yang berusia 25 tahun bekerja sebagai pelayan cafe dan telah menerima arahan daripada suspek pertama dan ketiga untuk menculik dan membunuh anggota polis.

Manakala dua lagi suspek bekerja sebagai tukang cuci di Singapura turut ditahan pada 1 Mac lepas.


“Suspek berusia 23 tahun bertindak sebagai orang perantaraan dalam urusan jual beli senjata api. Manakala, seorang lagi suspek berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata seorang lelaki warga Filipina dipercayai pakar peranti peledak yang diperbaiki (IED) berusia 31 tahun ditahan di Sabah.

Menurutnya, suspek itu juga turut disenaraikan sebagai orang dilkehendaki oleh pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dalam kes penculikan untuk tebusan (KFR) dan beberapa siri percubaan membunuh selain merancang melancarkan serangan di Sabah dan menjadikan negeri itu sebagai tempat persembunyian bagi anggota pengganas dari Filipina.

Katanya suspek juga merupakan anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan anggota kanan kepada Furuji Indama (Ketua kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group di Basilan, Selatan Filipina).

Beliau berkata lelaki itu turut mempunyai hubungan dengan rakyat Malaysia yang telah menyertai kumpulan Daesh di Selatan Filipina, Dr Mahmud Ahmad.

“Kesemua suspek yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya. – BERNAMA

Kategori