Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Duda Gila Talak Langgar...

KUALA TERENGGANU - Seorang duda yang disifatkan gila talak nekad melanggar bekas isterinya...

#LajuLasahLaju: Sokongan Buat Siti...

KEJAYAAN tiga atlet di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro yang berjaya meraih pingat emas...

Debat: Syed Saddiq Lawan...

KUALA LUMPUR - Siri pertama debat awam bertema 'Re:Action - Youth Engaged' anjuran...

Filem Web Menarik Sempena...

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Petronas menerbitkan filem web terbarunya...

Achey Bagi ‘Green Light’ Jika Isteri Mahu Jadi Pelawak

SIAPA sangka, dalam diam rupa-rupanya isteri kepada pelawak Achey Bocey mempunyai bakat terpendam iaitu sebagai seorang pelawak.

Ini semua gara-gara kemunculan Nor Hasanah Yahaya atau Anne ketika pentas akhir pertandingan Bintang Bersama Bimtang (BBB) baru-baru ini bagi membantu suaminya berentap pada malam itu mendapat pujian daripaada juri dan penonton.

Sebagai seorang suami, Achey langsung tidak menghalang jika Anne ingin menceburi bidang seni sepertinya.

“Selepas ini, kalau dia berminat untuk terjun ke dunia seni, saya tidak ada masalah. Tetapi, saya rasa dia kurang berminat. Kalau dia buat pun, mungkin hanya ketika berganding dengan saya.

“Sebenarnya, pada pertandingan akhir, artis pilihan saya tidak dapat meluang masa. Dengan persetujuan produksi, saya memilih untuk berganding dengan isteri kerana dia individu yang memahami jalan cerita yang mahu saya sampaikan,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro.

Bagaimanapun, Achey sendiri tidak menyangka bahawa Anne telah memberikan persembahan terbaik seperti itu sehingga membuatkan dia lebih bersemangat untuk memberi lakonan dan lawak yang berkualiti ketika itu.

Kalah atau menang merupakan adat setiap pertandiangan dan disebabkan itu, Acehy langsung tidak terfikir untuk merebut takhta sebagai juara pada malam itu.


Namun apa yang penting sekali ialah kepuasan bagi Anne sendiri kerana itu merupakan kali pertama dia berkongsi pentas bersama suaminya dalam sebuah pertandingan besar secara live.

“Saya mahu mencipta kenangan dan penanda aras buat kami berdua. Ia kemunculan pertama kami bersama. Bolehlah saya kenang sebagai sejarah,” ujarnnya lagi.

Sebelum ini, Achey telah menerbitkan sebuah single pertamanya berjudul Yang Terindah yang dihasilkan khas buat isteri yang tersayang.

Kini, lagu berkenaan telah mencecah sebanyak 18 juta kali tontonan sejak dimuatnaik dekat laman YouTube pada Oktober tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori