Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Doktor Kecantikan Dihukum Penjara...

SINGAPURA - Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana...

Saksikan ‘Live’ 9 Peserta...

DEBARAN semakin terasa apabila sembilan peserta finalis bakal mempersembahkan kepetahan masing-masing dalam pusingan...

Keldai Dadah India Ditahan,...

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang lelaki warga India, dipercayai keldai dadah, untuk membawa...

Mira Filzah Akui Ada...

PELAKON berhijab yang semakin mendapat perhatian setelah membintangi drama Cinta Si Wedding Planner,...

AF Megastar Ajar Bob Lebih Hargai Bakat Sendiri

MULAI dikenali semasa penglibatannya dalan Akademi Fantasi 2 (AF2), penyertaan Bob Yusof ketika program realiti AF Megastar pada tahun lalu ternyata telah membuka matanya supaya lebih bijak mengatur langkah perjuangannya dalam industri seni tanah air.

Menurut Bob atau nama sebenarnya, Yusrizan Usop, 36, akui bahawa sebelum ini dia bagaikan tiada hala tuju dalam dunia seni tetapi selepas beberapa ketika, dia menjadi lebih yakin untuk meneruskan langkah bila mendapat perhatian di hati peminat.

“Dulu biarpun masih aktif menyanyi, bakat saya seperti dipinggirkan. Saya sering ditanya ke mana menghilang, adakah saya sudah pulang ke kampung kerana kecewa?

“Ia buatkan saya bingung kerana saya tidak pernah berhenti menyanyi. Alhamdulillah AF Megastar telah buka mata saya untuk teruskan semula perjuangan,” katanya dipetik daripada BH Online.

Malah kini, jadual kerjanya semakin padat dan ia ternyata membuatkan penyanyi berasal dari Limbang, Sarawak itu bertambah gembira dengan pelbagai undangan persembahan yang sebelum ini jarang diterima.

Selain itu, terdapat beberapa syarikat rakaman yang sedang mengintai dirinya untuk dijadikan sebagai tenaga pengajar vokal.

Sufian Suhaimi dan Nazrief Nazri merupakan antara penyanyi yang menggunakan khidmatnya sebagai guru vokal.

Dalam masa yang sama, penyanyi yang dikenali dengan nama Bob Mesra itu turut dalam perancangan bagi menghasilkan single terbaharu dalam genre irama Malaysia bagi menyemarakkan semula muzik berkenaan.


Hal itu disebabkan kebimbangannya terhadap irama berkenaan supaya tidak lenyap dan kerana irama Malaysia sebelum ini juga pernah menaikkan namanya.

“Saya membesar dengan lagu etnik, malah ia sudah jadi identiti saya. Tetapi, apabila sering menyanyikan lagu pop dan balada, ramai juga yang lupa saya mampu bawakan lagu tradisional dengan baik.

“Saya berharap dapat merakamkan single irama Malaysia dalam tahun ini. Biarpun tak banyak permintaan, saya tetap akan bersemangat untuk mengembalikan kegemilangannya,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Bob tetap menasihati agar penyanyi generasi kini supaya sentiasa memperjuangkan muzik irama Malaysia dan tidak hanya mengharapkan penyanyi lama seperti Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Noraniza Idris sahaja.

Kemungkinan besar, bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua itu turut bakal menghasilkan album penuh yang berkonsepkan irama Malaysia yang akan diberikan suntikan segar. -MYNEWSHUB.CC/ AH

https://youtu.be/LDXo1Rv4GvE

Kategori