Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Salleh Yakin Rakyat Sokong...

KOTA KINABALU - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Penerbangan Ihsan JBPM Selamatkan...

GUA MUSANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan seorang remaja Orang...

Sebutan Semula Kes Neelofa...

SEREMBAN - Pengurusan sebutan semula kes membabitkan selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa...

“Perhimpunan Agung UMNO Boleh...

KUALA LUMPUR - Hubungan yang semakin baik antara Presiden UMNO Datuk Seri Najib...

Agensi Kerajaan & Swasta Digalak Wujud Taska Pejabat

KUANTAN — Jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini sekali disarankan supaya membuka taman asuhan kanak-kanak (taska) di pejabat masing-masing.

Menyarankan demikian Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, “Taska di pejabat dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini (terhadap kanak-kanak) kerana ibu bapa dapat memantau pergerakan mereka dari semasa ke semasa.

“Selain itu taska di pejabat juga dapat memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan dan asuhan berkualiti yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian UCYP Kindergarten di Kolej Yayasan Pahang (KYP) Kampus Bandar, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan KYP Datuk Norhishamuddin Yaacob.

Jelas Shahaniza pembukaan taska adalah satu tanggungjawab sosial oleh pihak agensi terhadap pekerja kerana ia juga dapat mewujudkan situasi menang-menang antara pihak agensi dan pekerja.


Sementara itu, UCYP Kindergarten yang bakal dibuka pada April mampu memuatkan seramai 55 orang pelajar, dan dikendali enam orang guru.

Tenaga pengajar di situ terdiri daripada pensyarah KYP dan juga penuntut jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak KYP. – BERNAMA

Kategori