Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dapatkan Pandangan Terlebih Dahulu...

KUALA LUMPUR – Kerajaan sepatutnya menimbang untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada...

11 Panel J/Kuasa Bebas...

SEGAMAT - Seramai 11 anggota panel dilantik dalam Jawatankuasa Bebas Siasatan Kebakaran berhubung...

Tunjuk Perasaan Di Tiga...

WASHINGTON – Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di bandar ini, New York dan Boston...

Pemandu Lori Mengaku Salah...

Kota Bharu : Seorang pemandu lori mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual...

Agong Rasmi Pembukaan Parlimen Penggal Ke-6

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen Ke-13 hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10.40 pagi di dataran Parlimen disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S. A. Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhamad Nor Azizan Yahya.

Serentak itu, panji-panji Yang di-Pertuan Agong dikibarkan. Ia diikuti tembakan meriam 21 das serentak dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimainkan.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, yang diketuai Mejar Azlan Shah Baharom.


Selepas pemeriksaan, baginda berangkat semula ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ kali kedua, sebelum lagu ‘Negaraku’ dimainkan sekali lagi.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V diiringi ke Bilik Diraja di bangunan Parlimen untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 5 April, sementara Dewan Negara bersidang selama sembilan hari mulai 16 hingga 30 April. – BERNAMA

Kategori