Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Abu Mendiang Tan Disemadi...

ALOR SETAR - Abu mendiang Datuk Tan Huat Seang selamat disemadikan di Prestavest...

Malaysia Sumbang RM500,000 Kepada...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menyumbang RM500,000 untuk mangsa gempa bumi bermagnitud 7.5...

Tiada Cinta, Jaa-Eyka Cuma...

AKIBAT pertemuan empat mata awal Ramadan baru-baru ini, penyampaai radio ERA FM, Jaa...

Malaysia Tidak Demokrasi Kerana...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara berdemokrasi kerana kerajaan...

Agong Solat Jumaat Di Masjid Salehin Sempena Hari Polis

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Salehin, di Pusat Latihan Polis di sini, bersempena sambutan Hari Polis yang ke-211 Ahad ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Kira-kira 3,000 jemaah hadir terdiri daripada pegawai kanan dan anggota polis serta orang awam.

Khutbah khas Hari Polis yang dibacakan Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi, Bahagian Agama dan Kaunseling Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Ghazali Daud berkisar tentang ikrar dan janji pemangkin keamanan dan kesejahteraan negara.

Ghazali dalam khutbahnya berkata kewujudan pasukan keselamatan yang terlatih dan berwibawa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara adalah penting.

“Justeru itu, mimbar mahu sambutan Hari Polis yang jatuh pada 25 Mac setiap tahun diadakan sebagai tanda ingatan dan peringatan kepada semua warga PDRM agar sentiasa menghayati sejarahnya.


“Sentiasa bersedia secara fizikal dan mental untuk terus istiqamah taat setia kepada raja, negara, perlembagaan, undang-undang serta pasukan,” katanya.

Ghazali berkata keamanan dan keselamatan merupakan tunggak kemakmuran negara tercinta Malaysia.

“Oleh itu, mimbar sekali lagi menyeru jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama berazam untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dengan penuh amanah dan berintegriti sebagai tanda bukti janji kita kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. — BERNAMA

Kategori