Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dulu Kutuk, Kini Pembangkang...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menempelak...

Kakak Hello Kitty Jual...

JIKA dulu pernah tular kerana baju raya Hello Kittynya, sekarang kakak Hello Kitty...

Nik Abduh Imbas Kekejaman...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS mengingatkan ahli dan penyokongnya tentang usaha bekas Perdana...

Mahathir Lepas Jawatan Pengerusi...

PUTRAJAYA - Selepas pengumuman meletak jawatan Perdana Menteri tengah hari tadi, Tun Dr....

Ahli Perniagaan Terima Wang Haram Lebih RM1.4j

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 38 pertuduhan menerima wang hasil pengubahan wang haram berjumlah lebih RM1.4 juta dan menjalankan perkhidmatan wang tanpa lesen, antara 2012 dan 2016.

M. Meyyappan, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-35, Meyyappan didakwa menerima wang berjumlah RM1,411,363.38 hasil kegiatan haram ke dalam akaun RHB Bank Berhad dan Malayan Banking Berhad miliknya.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di RHB Bank Berhad cawangan Damansara Jaya serta Damansara Utama dan Malayan Banking Berhad cawangan Damansara Utama, antara 22 Mei 2012 dan 1 Ogos 2016.

Kesemua kesalahan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil kegiatan haram atau RM5 juta atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Ashikin Mokhtar menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM150,000 dengan alasan akaun bank milik tertuduh dan isteri telah dibekukan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.


Meyyappan turut didakwa atas tiga pertuduhan menggunakan akaun Malayan Banking Berhad cawangan Damansara Utama dan RHB Bank Berhad cawangan Damansara Jaya untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lessen mengikut Seksyen 7 Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 iaitu perniagaan pengiriman wang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan SS21/36 Damansara Utama dan RHB Bank Berhad, Jalan SS 22/25 Damansara Jaya, di sini, antara 10 Jun 2015 dan 1 Ogos 2016 mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) Steve Chin Yun Cheong mencadangkan jaminan RM150,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali serta menetapkan 11 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

Kategori