Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kerjasama PAS & UMNO:...

PAS dan UMNO dua parti Melayu yang terpisah kerana ideologi perjuangan politik. Satu...

Aliran Masuk Dana Asing...

KUALA LUMPUR - Pasaran ekuiti Malaysia menyaksikan aliran masuk dana asing bersih sebanyak...

Lelaki Ditemui Rentung Kereta...

KOTA TINGGI - Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di...

Petugas PPV WTC Kongsi...

KUALA LUMPUR - Perasaan gembira, sedih dan bangga, serta pengalaman berharga bercampur baur...

AirAsia Kerjasama Platform Inovasi Dari Lembah Silikon

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, sedang bekerjasama dengan Plug and Play Tech Centre, sebuah platform inovasi pemula niaga global yang berpangkalan di Lembah Silikon, untuk mengenalpasti, memantau dan menyokong syarikat pemula niaga yang membangunkan produk-produk dan teknologi terkini bagi sektor pengangkutan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia bagi Perkhidmatan Digital, Transformasi dan Korporat, Areen Omar, berkata kerjasama itu akan membolehkan syarikat penerbangan tersebut mengenal pasti teknologi termaju yang akan membantu mengekalkan kepimpinan AirAsia dalam kos dan pengalaman pelanggan.

“AirAsia akan menjadi rakan utama bagi program Perjalanan dan Hospitaliti Plug and Play bagi mendidik perusahaan dan menoptimumkan teknologi-teknologi baharu,” katanya sambil menambah bahawa ini akan mengubah AirAsia kepada sebuah syarikat digital global daripada sebuah syarikat penerbangan biasa.

Sebagai peneraju dalam penggunaan teknologi baharu, AirAsia telah menjadi syarikat pertama yang memperkenalkan tempahan penerbangan melalui khidmat pesanan ringkas pada 2003, katanya.

“Syarikat juga membenarkan penumpang menempah penerbangan mereka, mendaftar masuk dan membuat perubahan kepada tempahan melalui laman webnya, dan ia juga telah mencipta sebuah aplikasi mudah alih.

“Kedua-dua laman web dan aplikasi mudah alih itu telah merangkul anugerah Laman Web Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia dan anugerah Aplikasi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Dunia, masing-masing pada Anugerah Pelancongan Dunia 2015,” katanya.


Menurut Aireen, AirAsia juga menjadi syarikat penerbangan yang paling awal dalam memakai kiosk layan diri yang membenarkan pelanggan membuat pendaftaran masuk serta mencetak pas mereka sendiri, label beg, fungsi kemasukan beg di lapangan terbang dan mencetak label beg sendiri di rumah.

Baru-baru ini, syarikat penerbangan tersebut telah memulakan sistem pintu keberangkatan masuk dengan menggunakan teknologi pengecaman wajah, ini menjadikan ia sebagai syarikat penerbangan yang pertama di Asia yang membuat operasi penerbangan pelanggan bersifat automatik sepenuhnya.

Katanya, AirAsia juga telah banyak membuat pelaburan dalam perkhidmatan digital kerana ia telah memulakan proses transformasi untuk menjadi sebuah syarikat penerbangan yang benar-benar digital, merangkumi aplikasi perkhidmatan kewangan BigPay, hiburan dan sambungan dalam pesawat ROKKI, program kesetiaan AirAsia BIG dan logistik RedBox. – BERNAMA

Kategori