PELAKON dan pelawak popular, Ajak Shiro dilaporkan semakin pulih dan mendapat kebenaran daripada pihak hospital untuk pulang serta berehat di rumah sejak semalam.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ajak yang menjelaskan keadaan dirinya kini sudah stabil namun merujuk pendapat doktor yang merawatnya, dia dinasihatkan untuk berpandang dalam pengambilan makanan.
āDoktor memberitahu punca saya tidak sihat Isnin lalu akibat ulser usus dan lesu otot. Buat masa ini saya diberi cuti beberapa hari sebelum kembali bekerja seperti biasa.
āSebenarnya saya tidak tahu badan saya terlalu penat bekerja. Mungkin sebab tidak cukup tidur,ā katanya seperti dipetik dalam laporan sebuah portal online.
Sementara itu ditanya mengenai single pertamanya bertajuk Ging Gang Guli yang sudah mula dimainkan di corong-corong radio, Ajak tidak menolak sebagai penyampai radio Hot FM, lagu tersebut terhad untuk siaran.
Pun begitu, Ajak mengakui bahawa perkara itu sedikitpun tidak merunsingkan dirinya.
āLagu ini seperti lagu rakyat, lagu komedi untuk kita mendengarnya secara suka-suka. Saya harap dapat diterima baik. Soal dimainkan di radio lain, memang sebagai penyampai kita tahu akan perkara ini.
“Namun saya bukan penyanyi yang mempunyai sasaran pendengar terhadap lagu ini. Apa pun jika ada radio lain yang ingin memainkannya, apa salahnya,ā katanya.
Pada Isnin, Ajak dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat tidak cukup rehat.
Perkhabaran tersebut telah dikongsi oleh isteri pelawak itu sendiri iaitu Afifah Amin yang memuat naik sekeping gambar memaparkan Ajak sedang melakukan pemeriksaanĀ Computed TomographyĀ (CT Scan).Ā ā MYNEWSHUB.CC/AM