Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

BNM Sedia Kerjasama Siasat...

KUALA LUMUR - Bank Negara (BNM) sedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang untuk...

Seperti Ditendang Dari Bawah

“SEPANJANG hampir 100 tahun hidup, ini bencana alam terburuk pernah saya alami,” kata...

Tak Serik Berumah Tangga,...

GAGAL menerusi perkahwinan pertamanya, itu bukan bermakna pelakon Izreen Azminda takut untuk kembali...

Tiga Maut, Dua Cedera...

KUANTAN - Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka...

Akauntan Pakistan Didakwa Miliki Cop Palsu Imigresen

KUALA LUMPUR – Seorang akauntan warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin ( Pati) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas 11 pertuduhan termasuk memiliki pasport milik dua individu lain dan pelbagai cop palsu milik Jabatan Imigresen.

Abdullah Qayyum, 26, yang memakai baju-T berwarna biru dan seluar pendek warna perang membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris terhadapnya di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa memiliki pasport warganegara India dan Filipina milik orang lain di rumahnya, di Taman Seri Gombak, Batu Caves dan di sebuah restoran makanan segera di kawasan sama antara pukul 7.30 malam dan 8.45 malam, 19 Feb lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga hingga kesebelas, lelaki itu didakwa memiliki satu cop pas khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekuatuan Kuala Lumpur dan satu cop jata jabatan bahagian penguat kuasa Kuala Lumpur JIM, satu cop khas lawatan sosial, Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, satu cop keluar Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), tiga pelekat pas lawatan kerja sementara (PLKS), satu I-Kad atas nama Pinto Riza, yang didapati dipalsukan.

Dia dituduh melakukan ksemua kesalahan itu pada masa, tarikh dan tempat sama (di rumah dan sebuah restoran) mengikut Seksyen 56(1A)a Akta Imigresen 1959/63 dibaca bersama Seksyen 55D akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 55D yang membawa hukuman denda tidak kurang RM30,000 dan penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat tidak lebih daripada enam sebatan.


Pegawai Pendakwa JIM, Mohd Khairul Amri Mohd Zainuddin tidak menawarkan jaminan berikutan tertuduh merupakan warga asing.

Katanya, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia, pasport diserah kepada mahkamah dan melapor diri kepada pegawai penyiasat Imigresen pada hari Khamis setiap bulan sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili peguam Nurul Ikrimah Mohd Raya memohon jaminan minimum atas alasan isteri kedua anak guamnya sedang sarat mengandung di Filipina.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin warganegara tempatan berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri seminggu sekali kepada pegawai penyiasat Imigresen selain pasport diserahkan ke mahkamah dan 8 Mei ditetapkan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori