Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Festival Seni Muafakat Johor...

ISKANDAR PUTERI - Festival Seni Muafakat Johor akan dijenama semula bagi memberi kesan...

Makcik Marah Jururawat Siap...

TAK tahulah apa punca masalah dalam kes video di bawah tetapi nyata pihak yang...

Kompaun SPRM: 42 Individu,...

KUALA LUMPUR - Seramai 42 individu akan membuat laporan polis dan semakan kehakiman terhadap...

Bella Sertai Kanak-Kanak Istimewa...

JOHOR BAHRU : Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyantuni...

Akibat Kecuaian Hospital, Wanita Kehilangan Bayi

SEORANG wanita terpaksa menanggung kepedihan apabila kehilangan anak yang dikandungkan berbulan-bulan disebabkan kecuaian pihak hospital di daerah Chhatarpur, India.

Lapor media tempatan, wanita terbabit yang menunggu masa untuk bersalin dibiarkan selama berjam-jam tanpa pengawasan kerana kesemua kakitangan hospital sibuk menyambut ketibaan pegawai kesihatan yang mahu melakukan pemeriksaan di hospital tersebut.

“Dia menangis kerana menahan kesakitan dan merayu diberi bantuan, namun petugas tidak mempedulikannya kerana mereka mahu menyambut ketibaan seorang pegawai kesihatan,” kata seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

Lebih menyedihkan, wanita malang itu hanya dibiarkan terbaring di atas lantai hospital.

Kejadian tersebut sempat dirakam dan menjadi tular di media sosial.

Ekoran rakaman tersebut, orang ramai mendesak kakitangan hospital terbabit dikenakan tindakan undang-undang atas sikap tidak bertanggungjawab itu.


Belum ada lagi tindakan yang diambil terhadap kakitangannya hospital dan pihak hospital tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.

Terdahulu, di Hospital Jaipur, seorang kanak-kanak berumur empat tahun meninggal dunia selepas diberikan suntikan ubat tahan sakit secara berlebihan dos.

Manakala kejadian yang berlaku di Kerala melibatkan seorang lelaki dibiarkan dalam keadaan terbalik di atas pengusung selepas pemandu kenderaan tersebut tidak berpuas hati kerana mangsa terkencing dan termuntah dalam ambulans yang akhirnya meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori