Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Saya Tak Terlibat Dengan...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui tidak terlibat dengan sebarang...

Pemimpin Hindu Mahu 3...

KLANG - Kesemua pemimpin Hindu di negara ini menggesa kerajaan yang dibentuk selepas...

Hukuman Mati 33 Kesalahan...

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah...

Projek Ekonomi di Kampung...

BERA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan...

Akui Putus Sekejap, Sajat-Coach Yin ‘Rujuk’ Semula

HUBUNGAN cinta antara pengasas kosmetik dan ahli perniagaan Nur Sajat Kamaruzzaman dan Coach Yin menjadi tanya dalam kalangan netizen kerana dikatakan sudah menuju ke noktahnya.

Bagaimanapun, hubungan itu masih dapat diselamatkan dan mereka hanya ‘putus sekejap’ sahaja sebelum berbaik semula.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Sajat melalui sebuah video berdurasi 1 minit yang dimuat naik olehnya di media sosial.

Menjawab persoalan yang bermain di dalam kepala orang ramai mengenai status hubungannya dengan lelaki itu, Sajat mengakui dia dan Coach Yin sememangnya pernah putus cinta untuk beberapa hari sebelum mereka ambil keputusan untuk ‘rujuk’ semula.

Kata Sajat, “Sebenarnya memang dah putus, tapi seketika sahaja,” sebelum mengalihkan kamera ke arah Coach Yin yang sedang menunggu makanan sampai.

Baca: Dikhabarkan Putus, Sajat-Coach Yin Tiada Lagi Cinta?

Sajat kemudiannya mencuba sedaya upaya untuk menjadi perempuan tulen dengan merayu-rayu kepada lelaki itu dengan bercakap menggunakan loghat Kelantan iaitu negeri asal kekasihnya itu.

Abe gapo gini, abe? Tok sir buak gini abe (Abang kenapa macam ni, bang? Tak nak buat macam ni bang),” pujuk Sajat dengan suara kepitnya.


Abe nak make ni, abe nak make (Abang nak makan ni, abang nak makan),” balas Coach Yin pula.

Aksi pegang-memegang biceps Coach Yin yang sederhana besar itu turut berlaku, menggelikan sesiapa yang melihat. Namun, Sajat masih terus dengan pujuk rayunya dan mahu Coach Yin memberi penjelasan kepada orang di luar mengapa mereka bergaduh.

“Kita tak gaduh pun, kita ada lagi dengan abe kita,” seloroh Sajat.

Bakpo ni abe, kita nak ghoyak gapo ni abe oiii, abe (Apa abang buat ni, saya nak cakap apa ni),” katanya lagi sebelum ketawa terkekek-kekek.

Jadi, sekarang semua sudah tahu bahawa mereka menyambung semula percintaan mereka setelah putus sekejap selama beberapa hari. Al-maklumlah, kedua-duanya kan lelaki dewasa. Buang yang keruh, ambil yang jernih lebih bagus kan! – MYNEWSHUB.CC

Kategori