Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Video: Aksi Memalukan Pasukan...

SELAIN olahraga, tenis, gimnastik dan badminton, antara sukan yang juga mendapat jumlah tontonan...

Guan Eng Dakwa Tak...

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa beliau secara tidak...

Lepas Chong Wei, Filem...

SELEPAS filem biografi Datuk Lee Chong Wei, kini satu lagi filem biografi atlet...

Sultan Ibrahim Perkenan TMJ...

JOHOR BAHRU - Harapan menyaksikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Al-Fatihah: ADUN Apas Meninggal Dunia

TAWAU – Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 11.57 malam tadi.

Pemergian Allahyarham yang berusia 56 tahun itu disahkan adiknya, Faridah ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Faridah berkata abangnya menjalani rawatan kesihatan serta pembedahan akibat kanser usus di hospital tersebut sejak lapan bulan lalu.

“Jenazah abang akan dibawa pulang ke Tawau pagi ini untuk dikebumikan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi adik Allahyarham, Datuk Nizam dalam kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp meminta semua mendoakan agar abangnya diampunkan dosa serta memperoleh kemaafan daripada Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama-sama hamba yang soleh.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Sharifah Rahmah Syed Ali, tujuh anak terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan serta lima cucu.


Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau kali terakhir turun padang bertemu penduduk kawasan DUN Apas di Tawau pada 25 Feb lepas dalam program bersama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa di Kampung Membalua.

Dalam ucapannya yang menyentuh hati, Allahyarham menyuarakan kerisauannya tidak sempat bertemu rakyat, namun tetap mengingatkan semua agar mengundi parti dan bukan kerana individu. – BERNAMA

Kategori