Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dadah: Ibu Pengsan Selepas...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu pengsan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Polis Kota Kinabalu Keluar...

KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) -- Polis mengeluarkan 151 saman atas pelbagai kesalahan...

Pemandu Teksi Di China...

China – Sekumpulan 30 pemandu teksi tidak sedarkan diri dengan mulut berbuih dalam...

Tidak Akan Toleransi Isu...

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan tidak akan bertoleransi dengan isu-isu jenayah seks di sekolah...

Amy Search Kecewa Hasil Seni Masih Dicetak Rompak

SEBAGAI seorang penyanyi, siapa yang tidak kecewa apabila karya hasil penat lelah diri sendiri dan juga pihak penerbit kemudian disalah guna dan dijual pula secara haram.

Penyanyi rock popular, Amy Search turut meluahkan rasa kesalnya terhadap sindiket cetak rompak yang masih berleluasa apabila album terbaharu kumpulan Search berjudul Katharsis turut menjadi mangsa ‘rompakan’ itu.

Lebih menyedihkan, album tersebut dijumpainya sendiri terjual secara terbuka di sebuah pusat beli belah di Melaka.

Melalui satu perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, Amy menyatakan rasa sedihnya apabila perkara ini masih berlaku walaupun setelah 37 tahun penglibatannya dalam industri seni.

Album terbaru SEARCH/KATHARSIS di cetak rompak yg di jual secara terang terangan di dlm MALL PLAZA SOONG SENG @ THE STORE, MELAKA. Dri album Cintai Buatan Malaysia 1985 smpai lah skarng 2018. Hasil pendapatan dri cetak rompak dorng pn meningkat. Paling tinggi hasil dorng dri album Fenomena lgu Isabella. Masa tu terjual melebihi 200.000 units. Bayangkn berapa bnyk dorng sapu hasil seni kite org. Mana tk nya India cina pn beli album tu. Isabella tu di minati semua bangsa termasuk Indonesia, Brunei dn Singapura. Kira seluruh nusantara minat lgu Isabella. Tk abis kt situ, keluar pulak dgn 2filem Isabella dn Fenomena yg mnjdi box office. Dgn dua filem tu skali dorng rompak. 4album solo aku pn dorng rompak. Dri album pertama kita org dh buat kempen psl cetak rompak. Org ckp kalau kita tk boleh lawan cetak rompak tpi kita kena join dorng😂 tkn kita nk jdi perompak Yg merompak hasil seni anak bangsa sendiri. Buat perompak ni dorng rompak hasil seni semua bangsa, asalkn yg laris. Hari ini aku dh 37thn dlm industri tpi dorng masih tk pernah berhenti merompak walaupn keadaan sekarang amat berbeza dri dulu. Penjualan fizikal sngt terhad. Yg membeli ada lah peminat fanatik Yg beli sbagai koleksi. Selagi ada pembeli selagi tu dorng jual walaupn salah di sisi undang2. Lebih teruk lgi Di jual secara terang terangan tnpa deficit pn rasa hormat. Kalau lah hukuman jika Di dapati menjual hasil seni negara secara haram hukuman nya sebat tnpa bicara dri dulu tentu nya tk berani dorng jual. Kesian kan hasil seni anak bangsa Di rompak sejak zaman P.Ramlee lgi. Kita buat album pecah kepala otak bersengkang mata, bagi yg tbaik lah dri melodi, lirik, cover, sound dgn cost rakaman yg tnggi tpi dorng cost brape sen sngt, silap2 GST free lgi sbab hasil haram. Realiti nya smpai aku dh mati hasil seni aku tetap Di rompak mcm late P.Ramlee. Ini negara Kita mcm mna pulak negara lain seperti Indonesia waktu tu album Fenomena ini terjual melebihi 1juta units dn berapa pula cetak rompak terjual di sana dgn 3lgu hits Isabella, Fantasia Bulan Madu (cinta Kita) dn Nafas Cinta duet. Ini lah perjalanan anak seni yg sentiasa di rompak. Begitu lah kehendak Nya🙏 #searchkatharsis @fenomenamusic @KPDNKK

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Jelas Amy, perkara ini bukanlah baru berlaku, malah ia sudah menjadi masalah yang melanda industri hiburan negara sejak dia mula mengorak langkah bersama kumpulan Search lebih tiga dekad lalu.

“Dari album pertama kita dah buat kempen pasal cetak rompak, bayangkan dari tahun 1985 sampailah sekarang 2018.

“Hasil pendapatan dari cetak rompak pun meningkat dan hasil paling tinggi dikutip dari album Fenomena yang ada lagu Isabella. Masa tu, album terjual lebih 200,000 unit.

“Mana taknya, orang Cina dan India pun beli album tersebut malah diminati semua bangsa termasuk di Indonesia, Brunei dan Singapura.

“Tak habis di situ, keluar pula filem Isabella dan Fenomena yang menjadi box office, pun kena rompak,” tulisnya lagi.

Menulis lanjut, Amy merasakan bahawa perkara ini tidak akan selesai selagi ada pihak yang membeli daripada mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Malah, Amy turut tidak menolak isu ini akan berterusan sampai bila-bila, gara-gara tindakan beberapa individu terbabit yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

“Kita bertungkus lumus bikin album ‘Search Katharsis’ sampai 700 jam tapi mereka dengan senang hati rompak hasil kerja seni kita dan jual tanpa segan silu.


Yang menjual berdosa dan yang membeli pun berdosa sebab yang membeli tau itu barang curi. Aku harap korang tak sokong cetak rompak,” tegasnya.

Memberikan pandangannya, Amy berkata sekiranya hukuman yang diberikan kepada pelaku-pelaku ini lebih berat, pasti mereka akan berfikir dua kali sebelum melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

“Kalaulah hukuman jika jual hasil seni negara secara haram ialah sebat tanpa bicara dari dulu tentu tak berani mereka jual. Kasihan hasil seni anak bangsa dirompak sejak zaman P.Ramlee lagi.

“Kita buat album pecah kepala otak bersengkang mata, bagi yang terbaik dari segi melodi, lirik, kulit album, bunyi dengan kos rakaman yang tinggi.

“Kalau dibandingkan dengan mereka, kosnya berapa sen sangat, silap-silap tak kena cukai sebab haram,” katanya.

Seperti yang diluahkan Amy, perkara ini turut berlaku sejak zaman seniman agung allahyarham Tan Sri P. Ramlee lagi dan akan terus menjadi masalah sekiranya ia tidak dibendung.

Rata-rata pengikut Amy di Instagram mengakui akan masalah ini, kebanyakan mereka menggesa pihak berwajib mengambil tindakan bagi menangani isu ini.

Ada juga peminat yang memanjangkan tulisan Amy ini kepada pengendali laman Instagram milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori