Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Pemandu Kantoi Guna...

DI zaman yang serba canggih ini, sila fikir banyak kali sebelum melakukan perkara...

IOI City Mall Putrajaya...

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan...

Google Diperbuat Daripada 2...

PUTRAJAYA – Mungkin ramai orang termasuk pakar ICT sendiri pun tidak tahu bahawa...

Pakatan Belum Beri Kata...

Pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP masih belum mencapai kata putus berkenaan usaha Suruhanjaya Pilihan Raya...

Anak Buat iPhone Ibunya Terkunci Selama 47 Tahun

TELEFON pintar keluaran Apple, iaitu iPhone sememangnya ada daya tarikannya tersendiri terutama kepada golongan muda yang merasakan ia lebih baik dari semua telefon bimbit lain.

Pengguna iPhone pasti mengetahui mengenai ciri keselamatan yang membuatkan iPhone anda boleh terkunci untuk beberapa masa sekiranya kata laluan yang salah dimasukkan berkali-kali.

Malahan sesekali, pengguna iPhone mungkin pernah melalui perkara ini apabila gajet canggih itu terkunci selama lima hingga 15 minit.

Namun di Shanghai, China, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun memasukkan kata laluan salah berulang kali kepada iPhone milik ibunya yang menyebabkan iPhone itu terkunci selama 47 tahun.

Menurut wanita berkenaan, dia memberikan telefon pintarnya itu kepada anaknya yang mahu menonton video dalam talian, lapor portal berita The Sun.

Bagaimanapun sejurus selepas pulang ke rumah dan mengambil semula telefon pintarnya itu daripada anaknya, dia mendapati ia terkunci dan memerlukan 25 juta minit untuk ia kembali dibuka.

Ketika ditanya adakah perkara sebegini benar-benar mampu terjadi, seorang juruteknik di sebuah kedai Apple di Shanghai, Wei Chunlong berkata, dia pernah lihat iPhone yang terkunci selama 80 tahun akibat perbuatan sama.

Jelas Wei, wanita itu mempunyai dua pilihan sama ada menunggu sehingga masa tersebut tamat atau pun menghapuskan semua perisian dan memasukkan perisian baharu.

Wanita tersebut, yang hanya dikenali sebagai Lu, telah menunggu selama dua bulan mengharapkan telefon pintarnya itu pulih dengan sendirinya.


Tambahnya, terlalu banyak data disimpan di dalam iPhone tersebut yang menyebabkan dia tidak mahu untuk memasukkan perisian baru namun mengakui dia tidak mungkin akan menunggu sehingga 47 tahun.

“Tak mungkin saya tunggu 47 tahun dan beritahu cucu saya kelak, bapanya yang menyebabkan kejadian ini,” katanya yang dipetik media tempatan.

Cerita tersebut tersebar dengan meluas di China dan menyebabkan para netizen juga memberikan pelbagai reaksi terhadap perkara tersebut.

Segelintir netizen merasakan yang wanita tersebut tidak seharusnya memberikan telefon bimbitnya kepada anaknya dan terus keluar begitu sahaja.

Manakala terdapat juga netizen yang berkata sekiranya wanita tersebut menyimpan data-data yang penting di platform lain, dia tidak akan mempunyai masalah berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

*Video sekadar hiasan…

Kategori