Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kakitangan Kerajaan Sedia Ada...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan kawalan saiz perkhidmatan awam bagi tempoh...

Tiga Cedera Kereta Terjunam...

ALOR SETAR: Tiga cedera termasuk seorang wanita selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam...

Tikam, Bakar Menantu Kakak,...

BUKIT MERTAJAM - Akibat perbuatan kejam cuba membunuh menantu kakaknya dengan cara menikam...

111 Gigitan Anjing Terbaru...

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan  111 kes gigitan anjing terbaru dilaporkan hari ini.Menurut jabatan...

Anak Jurujual Ubat Pelajar Cemerlang SPM Selangor

SHAH ALAM – Belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan pada setiap hujung minggu merupakan rahsia kejayaan anak seorang jurujual ubat yang terpilih sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di Selangor.

J. Kashvin, 18, daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi memperoleh keputusan A+ bagi 12 mata pelajaran yang diambilnya.

“Selain itu, guru dan ibu bapa saya juga banyak beri motivasi kepada saya untuk lakukan yang terbaik semasa SPM,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang guru, ketika ditemui pemberita di Majlis Pengumuman SPM 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) di sini, hari ini.

Bagi seorang lagi pelajar cemerlang SPM 2017, Muhammad Uwais Qarany Muhamad Razli, 18, menghadapi masalah pendengaran sejak berusia enam tahun bukan penghalang untuk beliau memperoleh keputusan 6A, 2B dan IC dalam peperiksaan itu.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Batu Caves itu, beliau mengalami masalah pendengan selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tadika, 12 tahun lepas.

“Ibu dan ayah banyak bagi semangat untuk saya belajar bersungguh-sungguh,walaupun saya tidak normal seperti pelajar lain.Saya bercita-cita mahu menyambung pelajaran dalam bidang perubatan,” katanya.

Menurut Muhammad Uwais Qarany lagi, meskipun mengalami masalah pendengaran, beliau lebih selesa belajar di kelas biasa bersama pelajar normal berbanding di kelas berkeperluan khas.


“Pada mulanya saya menggunakan alat bantuan pendengaran, tetapi saya tidak berapa selesa, kemudian saya mula belajar bagaimana untuk belajar membaca pergerakan bibir bagi memudahkan saya memahami apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas,” katanya.

Terdahulu, pada majlis pengumuman itu, Pengarah Pendidikan Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata seramai 1,526 pelajar di Selangor mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran, iaitu peningkatan sebanyak 67 pelajar berbanding tahun 2016.

Beliau berkata SPM 2017 turut mencatatkan peningkatan dari segi jumlah pelajar yang layak mendapat sijil, iaitu seramai 57,313 pelajar layak berbanding 55,834 pelajar pada 2016.

“Secara keseluruhannya, JPNS berpuas hati dengan pencapaian SPM 2017 dan berharap kecemerlangan ini dapat ditingkatkan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

Kategori