Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Gesa Keselamatan Penerbangan...

KUALA LUMPUR - Negara anggota Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) perlu mengguna pakai...

Video: Wanita Bogel Di...

SEBUAH video yang memaparkan seorang wanita membuka sehelai demi sehelai pakaiannya di khalayak...

Institusi Bawah KPM Perlu...

PADANG TERAP - Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta mematuhi arahan...

Polis Rampas Senjata Tiruan,...

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu merampas senjata tiruan dan beberapa barangan lain...

Anak Syarikat Ewein Sasar Usaha Sama Mesin Layan Diri

KUALA LUMPUR – Ewein Ecommerce Sdn Bhd (EESB), anak syarikat Ewein Bhd merancang menubuhkan syarikat usaha sama untuk menjalankan projek mesin layan diri kopi mudah alih pintar di Bangkok.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ewein berkata, unit milik 89 peratusnya itu memeterai memorandum perjanjian dengan dua warga Thailand, Yingyos Charubusapayon dan Chai Yangruay, untuk melaksanakan projek tersebut.

EESB akan menyediakan 30 mesin layan diri kopi mudah alih pintar sebagai balasan bagi 40 peratus pegangan dalam syarikat usaha sama Thailand itu.

Ewein berkata cadangan itu sejajar dengan strategi kumpulan untuk mengembangkan perniagaan bahagian e-dagangnya ke luar negara bagi meningkatkan hasil kumpulan.

Cadangan itu tidak dijangka membawa sebarang kesan ketara terhadap pendapatan kumpulan Ewein bagi tahun kewangan semasa yang berakhir 31 Dis, 2018. – BERNAMA

Kategori