KUALA LUMPUR – KSL Holdings Bhd bercadang untuk membeli dua bidang tanah pajakan seluas 47.73 hektar di Tebrau, Johor Bahru dengan RM133.59 juta tunai.
Pemaju hartanah itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, berkata anak syarikat milik penuhnya, Goodpark Development Sdn Bhd, hari ini menandatangani perjanjian bersyarat untuk membeli tanah itu dari Grace Versatile Sdn Bhd.
Pembelian itu akan menambah simpanan tanah semasa kumpulan termasuk meningkatkan perolehan dan pendapatan masa depannya.
“Tanah tersebut akan digunakan bagi pembangunan hartanah bertanah dan menaikkan lagi kehadirannya di pasaran hartanah di Johor,:” kata syarikat itu.
Cadangan pembelian itu akan dibiayai menerusi gabungan dana dalaman dan/atau pinjaman bank, kata KSL. – BERNAMA