Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ketua Cawangan Khas Dilantik...

KUALA LUMPUR - Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador...

Akur Arahan Peguam, Aidil...

PELAKON Aidil Aziz yang terpalit dengan kes dadah pada tahun lalu berasa terkilan...

Hati-Hati Dengan Agenda Penganjur...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan...

Anggota SRS Diminta Bantu...

KOTA BHARU - Kira-kira 100,000 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh negara...

Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis

NEW DELHI – Taikun bisnes Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan bakal kerugian sebanyak AS$7 bilion (RM27.4 bilion) berikutan kegagalan perniagaan telekomunikasinya di India melalui Aircel Ltd.

Menurut laporan Bloomberg, tokoh perniagaan terkenal berusia 79 tahun itu berdepan kerugian selepas 12 tahun melabur dalam Aircel apabila syarikat berkenaan memfailkan prosiding muflis pada minggu ini.

Aircel merupakan syarikat terbaharu yang gagal dalam pasaran telekomunikasi di India yang suatu ketika dahulu berjaya menarik banyak pelabur asing untuk beroperasi di sana.

Situasi berlaku dalam industri telekomunikasi ketika ini tidak mencerminkan usaha dibuat oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mahu menarik lebih ramai pelabur asing ke India.

Pada Januari lalu, kerajaan India telah mengurangkan sekatan terhadap pelaburan asing dalam beberapa sektor seperti peruncitan jenama tunggal, broker hartanah dan bekalan tenaga.

Ketua Pegawai Eksekutif Bajaj Allianz Life Insurans Co., Sampath Reddy berkata, India sentiasa menjadi pasaran yang sukar walaupun negara itu menawarkan prospek terbaik daripada aspek demografi dan populasi dimilikinya.


“Tragedi Aircel merupakan contoh pengajaran terbaik kepada sesiapa yang mahu melaksanakan perniagaan di India,” katanya.

Ananda membelanjakan kira-kira AS$800 juta (RM3.13 bilion) untuk beli Aircel pada 2006 yang ketika itu hanya 10 peratus daripada 1.1 bilion populasi India memiliki telefon bimbit sekali gus prospek pertumbuhan dilihat agak sukar. – AGENSI

Kategori