Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Terengganu Ambil Positif Agenda...

DUNGUN - Kerajaan negeri memandang positif usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memberi...

Gamuda Land Bangunkan Taman...

PETALING JAYA - Gamuda Land akan membangunkan tapak seluas 619 hektar di kawasan...

Operasi Mencari Mangsa Jatuh...

KUCHING - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih meneruskan usaha bagi mengesan seorang...

Nik Abduh Harap Perhimpunan...

LAZIMNYA amat sukar untuk menemui pemimpin pembangkang mengambil berat mesyuarat tahunan sesebuah parti...

Anggota Parlimen DAP Cemar Imej Parlimen

KUALA LUMPUR – Tindakan tiga anggota Parlimen DAP menuntut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan menunjukkan bahawa pembangkang terdesak dan telah mencemar nama dewan yang mulia itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kenyataan yang dikeluarkan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V Sivakumar (Batu Gajah) bahawa Pandikar Amin kononnya ‘sekutu untuk menutup skandal rasuah’ adalah satu dakwaan jahat.

“Pelantikan dan peranan Speaker telah termaktub dalam Perkara 57 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan manakala Peraturan Mesyuarat 99 Dewan Rakyat, menyebut “Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada untuk usul bersendiri menentang keputusan itu.

“Sehubungan itu, Tuan Yang Dipertua dari satu masa ke satu masa boleh mengeluarkan petua-petua berkenaan dengan perkara itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, ketiga-tiga anggota Parlimen berkenaan dilapor menuntut Pandikar Amin meletakkan jawatan kerana menolak usul segera difailkan pembangkang berhubung rampasan kapal layar mewah yang dikatakan milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.

Mereka turut dipetik berkata Pandikar Amin, sebagai Speaker Dewan Rakyat telah gagal menegakkan kebenaran.


Azalina berkata Speaker berhak untuk menolak apa-apa soalan atau usul yang tidak mengikut Peraturan Mesyuarat dan keputusan Speaker adalah konsisten dan adil, kepada semua anggota dewan.

“Bagaimanapun terdapat cara untuk mencabar keputusan itu dan bukannya mendesak Speaker meletak jawatan dan berprasangka buruk apabila keputusan tidak menyebelahi mereka.

“Ia menjadi amalan biasa apabila pembangkang menggunakan platform Parlimen untuk menyerang kerajaan namun tindakan pembangkang yang turut menyerang dan membuat dakwaan jahat terhadap Speaker dilihat sebagai terdesak dan tidak profesional,” katanya.

Azalina berkata setiap anggota Parlimen boleh berbeza pandangan dan berpegang dengan ideologi politik masing-masing namun sebagai wakil rakyat mereka perlu menjaga standard sebagai ‘Ahli Yang Berhormat’ bukannya menunjukkan tingkah laku seperti ‘Ahli Yang Tiada Hormat’. – BERNAMA

Kategori