Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Orang Asli Mati...

KUALA LIPIS - Seorang kanak-kanak Orang Asli ditemui mati lemas di Kampung Saweh,...

VIDEO : Rakaman Menakjubkan...

Seorang penjelajah dan pencerita dokumentari, George Kourounis telah berjaya merakamkan aktiviti lahar gunung...

Kalau Kisah Ni benar…...

Kalau dibaca kisah ini (lihat gambar bawah sekali) dari mula sampai habis, memang...

Kelantan Mungkin Turun Tanpa...

KOTA BHARU – Pasukan Kelantan mungkin beraksi tanpa pemain tengah Morgaro Gomis apabila...

Angka Korban Penduduk Palestin Meningkat

GAZA – Tentera rejim Zionis membunuh sekurang-kurangnya 16 orang penduduk Palestin dan mencederakan ratusan lagi dalam demonstrasi antara yang terbesar dianjurkan sepanjang sempadan Gaza-Israel sejak beberapa tahun ini.

Antara yang terkorban ialah remaja 16 tahun dan kebanyakan terkena tembakan, menurut pasukan perubatan Palestin yang menganggarkan bilangan mangsa cedera kira-kira 500 menjelang tengah hari.

Tentera Israel berkata, tenteranya menggunakan cara menyuraikan rusuhan dengan melepaskan tembakan dan menggunakan drone bagi menggugurkan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan.

Manakala rakyat Palestin sebahagian mereka membalas dengan menggolekkan tayar terbakar dan membaling batu di pagar sempadan dan ke arah tentera.

Lapor BBC Online, ribuan rakyat Palestin telah berarak ke sempadan pada permulaan protes selama enam minggu, yang digelar demonstrasi tersebut sebagai Great March of Return.

Mereka telah mendirikan berpuluh-puluh khemah di lima lokasi di sepanjang sempadan Israel-Gaza. Mereka menuntut agar pelarian dibenarkan pulang ke rumah yang kini berada di Israel.

Pertemuan anggota Majlis Keselamatan PBB di New York, Amerika Syarikat telah meminta siasatan terhadap keganasan.

Sementara itu pula, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk membantu menyediakan perlindungan bagi rakyat Palestin.


“Saya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap pihak berkuasa Israel atas kehilangan para martir yang terbunuh hari ini,” tegasnya.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum memuji penglibatan begitu ramai penduduk Palestin dalam tunjuk perasaan itu.

“Kumpulan penunjuk perasaan yang begitu ramai membayangkan keazaman rakyat Palestin menuntut hak untuk kembali ke tanah air mereka dan menamatkan kepungan Israel. Tiada tentera yang boleh menyekat hak ini,” katanya.

Demonstrasi semalam adalah yang pertama dalam siri bantahan yang dirancang di Gaza pada minggu-minggu akan datang.

Tunjuk perasaan dijangka memuncak pada 15 Mei depan sempena Hari Nakbah (bencana) yang memperingati kematian ratusan ribu orang Palestin dan juga hari ulang tahun ke-70 kewujudan Israel.

Rakyat Palestin merancang mengadakan perarakan menyeberangi pagar sempadan pada hari tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori