Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PABM: Jepun, Korea Antara...

BANGI - 10 daripada 20 peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala...

Remuk Hati Ibu, Yaya...

KOTA BHARU - “Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa dan...

Aaron Aziz Bawa Keluarga...

SETELAH saban hari berkerja, pelakon terkenal Aaron Aziz bakal berehat seketika untuk membawa...

Guna Media Sosial Secara...

KUCHING - Masyarakat harus berhemah dan bertanggungjawab sebelum menyalurkan sesuatu maklumat di media...

Anjing Mati Dipaksa Letak Dalam Ruang Bagasi

NEW YORK – Seekor anjing mati dalam pesawat United Airlines selepas anak kapal memaksa pemiliknya meletakkan haiwan itu dalam ruang bagasi di atas kepala, kelmarin.

Dalam penerbangan dari Houston ke New York itu, seorang wanita bersama anak dan anjingnya dipaksa kru meletakkan haiwan itu dalam ruang simpanan di bahagian atas sepanjang penerbangan selama tiga setengah jam itu.

Menurut seorang penumpang, Maggie Gremminger, wanita berkenaan mahu anjingnya berada dalam beg kecil yang diletak di bawah tempat duduknya, namun tidak dibenarkan kru.

“Pada akhir penerbangan, wanita berkenaan mendapati anjingnya sudah mati.

“Dia duduk di atas lantai sambil menangis dan semua penumpang tergamam,” kata Gremminger melalui akaun Twitter bersama gambar wanita berkenaan dan anaknya.

United menyifatkan kejadian itu sebagai tragik yang tidak sepatutnya terjadi kerana haiwan peliharaan tidak boleh diletakkan dalam ruang atas kepala.


Jurucakap United, Maggie Schmerin, berkata, syarikat akan menyiasat perkara itu dan kos tiket dipulangkan semula kepada keluarga wanita berkenaan, termasuk yuran kabin haiwan peliharaan bernilai AS$125 (RM486).

Ini bukan kali pertama United disiasat kerana layanan terhadap haiwan.

Tahun lalu, ia disaman pemilik arnab gergasi yang mati dalam satu pesawatnya. – Reuters/myMetro Online

Kategori