UMUM sudah tahu pernah wujud cinta antara pengacara, Neelofa dengan aktor dan pengarah, Datuk Hans Isaac suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, hubungan yang telah terjalin itu akhirnya terputus di tengah jalan pada tahun 2014 yang lalu, menyebabkan mereka membawa haluan sendiri dan meneruskan kehidupan masing-masing.
Pun begitu, baru-baru ini kedengaran desas-desus mengatakan kasih antara kedua-dua selebriti ini kembali bertaut selepas gambar mereka menikmati makan malam bersama di Genting Highlands tersebar.

Sedar isu tersebut menjadi bualan ramai, Neelofa tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku sekaligus menyelar semua dakwaan tersebut.
“Bagaimana saya nak adakan benda yang tidak ada? Anda beritahu saya. Apa pun yang terjadi, saya dan Hans tetap berkawan.
“Dia kahwin ke, saya kahwin ke atau saya ada orang lain, kami tetap akan menjadi kawan sampai bila-bila,” kata Neelofa dalam laporan portal BH Online.
BACA : Keluar Bersama, Neelofa-Hans Kembali Bercinta Ke?
Menurut Neelofa, dia menegaskan bahawa hubungan antara mereka berjalan atas dasar profesional semata-mata.
“Menjayakan projek bersama atau bekerja, itu akan selalu terjadi. Tetapi, saya dan Hans tahu bagaimana untuk meletakkan batas.
“Kawan dan keluarga menyaksikannya, malah mereka tahu perkara itu. Mereka menghormati persahabatan kami,” katanya lagi.

Sementara itu Neelofa ditanya mengenai perkembangan diri selepas dihimpit kontroversi, pengacara berusia 29 tahun ini tidak mahu mengenang perkara yang berlaku selain bersikap positif dalam semua perkara. – MYNEWSHUB.CC/AM