Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kedah Tunjuk Trend Peningkatan...

ALOR SETAR - Kedah menunjukkan trend peningkatan dalam kes penolakan vaksin sejak tiga...

Seramai 50 Sertai Program...

MAKKAH - Seramai 50 jemaah haji Malaysia terpilih di bawah program Jemaah Haji...

PFA Perlu Selesai Sendiri...

KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) perlu menyelesaikan sendiri masalah kewangan yang...

Cuaca Buruk, Tidak Biasa...

KUALA LUMPUR - Punca nahas helikopter Eurocopter AS350 di Batang Lupar, berhampiran Sebuyau,...

2 Kapal Asing Langgar Undang-Undang Laut Ditahan

SHAH ALAM – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 4 Selangor menahan sebuah kapal pasir pada kedudukan 5.7 batu nautika dari Kuala Sungai Langat dekat sini, petang semalam kerana melakukan aktiviti tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah, Komander Maritim Mohd Iszuadi Mohammad Hassan berkata kapal bernama Yin Hai 15 itu ditahan pada kira-kira 4.50 petang.

“Kapten kapal itu pada mulanya enggan memberi kerjasama untuk diiringi ke pejabat Daerah Maritim 4 Selangor di Pelabuhan Klang dan bertindak menurunkan sauh kerana enggan ditahan.

“Kami seterusnya mengarahkan kapal maritim yang turut serta dalam Ops Redback X itu ke posisi kejadian bagi membantu bot peronda dan kapten kapal berkenaan akhirnya bersetuju memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Iszuadi, hasil pemeriksaan awal mendapati lima lelaki warganegara China berumur antara 29 hingga 55 tahun bekerja di atas kapal berkenaan dan kesemuanya mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.


Pada hari yang sama kifra-kira 10.30 pagi, Mohd Iszuadi berkata pihaknya turut menahan sebuah kapal barter trade membawa muatan kelapa seberat 150 tan, di kedudukan kira-kira lapan batu nautika dari Kapar, Klang, kerana gagal mempamerkan insurans perkapalan.

“Kesemua tujuh anak kapal termasuk tekong lelaki warganegara Indonesia berumur antara 25 hingga 72 tahun kemudiannya dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah, Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Kategori