Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sebanyak 50,455 Unit Rumawip...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 50,455 unit rumah mampu milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) telah...

Akhirnya.. Fara Fauzana Akui...

LEBIH senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara...

Calon PH Ingkar PM...

BIADAB... Tidak sampai 24 jam Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa Pakatan Harapan (PH)...

Salah Ke Bekerja Dalam...

PELUANG pekerjaan di Malaysia ada di mana-mana sahaja. Tetapi apa yang pasti setiap...

Arab Saudi, Iran Digesa Usah Politikkan Bola Sepak

INISIATIF… Presiden FIFA, Gianni Infantino menggesa Arab Saudi dan Iran tidak membawa perbalahan diplomatik antara kedua-dua negara ke padang bola sepak.

Ia susulan sejak hubungan kedua-dua negara terputus pada Januari 2016, kelab-kelab Saudi enggan bermain di Iran hingga memaksa aksi perlawanan diadakan pula di Oman.

“Jelas sekali, politik tidak boleh dibawa ke dalam arena bola sepak dan bola sepak tidak boleh dibawa masuk ke dalam politik,” kata Infantino dalam sidang media bersama Menteri Sukan Iran, Massoud Soltanifar, lapor agensi AFP.

Kata pemimpin badan bola sepak utama dunia itu lagi, perlawanan perlu diadakan seperti biasa, di tempat tuan rumah dan pelawat seperti kelaziman di mana-mana negara.

Perbalahan sebenarnya bermula ekoran hukuman mati ke atas ulama Syiah di Arab Saudi, yang mencetuskan protes dan serangan terhadap kedutaan dan konsulatnya di Iran.


Riyadh memutuskan hubungan diplomatik dengan Tehran sejurus insiden itu, sambil menggesa langkah-langkah keselamatan perlu diambil oleh kedua-dua pihak.

Menteri Iran itu pula berkata negara berkenaan ialah lokasi yang selamat dan mengalu-alukan pendekatan FIFA dalam hal ini. – MYNEWSHUB.CC/HZ

Kategori