SEPANYOL berpesta enam gol ke atas Argentina pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa awal pagi Rabu.
Isco menjadi tumpuan dengan jaringan hatrik yang menyaksikan Sepanyol menguasai permainanan sejak babak pertama.
Diego Costa dan Isco jaringan pada separuh masa pertama permainan.
Bintang Argentina, Lionel Messi hanya menjadi penonton ketika rakan-rakannya dimalukan Sepanyol memandangkan dia tidak beraksi kerana kecederaan.
Gol saguhati Argentina dijaringkan oleh Nicolas Otamendi minit ke-39.
Sementara itu, England terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 ketika menentang Itali.
Keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada Itali pada minit akhir perlawanan ternyata mengecewakan skuad The Three Lions itu.
Dalam pada itu, Jerman terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Brazil. – mStar Online