Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

3 Rakyat Malaysia Terima...

KUALA LUMPUR - Tiga anak muda Malaysia membanggakan negara apabila menjadi antara lebih...

Suasana Santai Buat Pengunjung...

SERDANG - Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) yang...

Had Pinjaman M40, Kaedah...

KUALA LUMPUR : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuat pemakluman mengenai...

1,000 Najib Razak Bakal...

Ramai menjangkakan Najib Razak bakal dipenjarakan sebelum PRU-15 yang kebetulan selari dengan kandungan...

Artis Terkejut Ramai Anak Muda Banjiri Karnival ONE

MERIAH… Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) yang berlangsung sejak tahun 2015 memang amat dinantikan ramai peniaga atas talian tempatan bagi memajukan lagi bisnes mereka.

Bermula di D’Curve Damansara, Selangor kira-kira tiga tahun lalu, program siri jerayawara anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu sudah menjelajah ke seluruh negara dengan pelbagai aktiviti untuk usahawan online.

Namun Karnival ONE terbaharu di kompleks beli-belah City ONE Megamall, Kuching, Sarawak yang dirasmikan Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Awang Tengah Ali Hassan pada Sabtu ternyata agak unik bahkan cukup meriah.

Ia bukan sahaja berlangsung tiga hari bermula Jumaat jika dibandingkan karnival ONE di tempat lain yang cuma dua hari, malah acara kali ini benar-benar ‘mesra’ anak muda menerusi pelbagai pengisian untuk golongan tersebut.

Perkara menarik tersebut turut disuarakan penyanyi pop wanita terkenal, Azharina Azhar yang antara artis dijemput khas oleh SSM mengadakan persembahan pentas bagi memeriahkan kanival kali ketiga dianjurkan di Sarawak itu.

Juara Bintang RTM 2001 dan Gegar Vaganza 3 pada 2016 lalu yang tampil dengan mempersembahkan tiga lagu termasuk hit beliau Elegi Sepi, turut memuji sambutan remaja Sarawak menghidupkan acara karnival berkenaan.

“Nampaknya semua ada di depan saya ini adalah remaja, mungkin purata umur 19 tahun. Hebat orang Sarawak,” kata Azharina yang baru menyambut usia 33 tahun pada 11 Mac lalu; semasa dijemput pengacara ke atas pentas.

Baca: Karnival ONE Di Kuching Meriah Disertai Remaja


Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu turut menyelitkan nasihat agar remaja yang berkecimpung dalam bisnes atas talian tidak salah guna media sosial dan menjadikan perniagaan sebagai sumber rezeki halal keluarga.

Tidak ketinggalan pelakon dan penyanyi dangdut, Shiha Zikir yang merupakan antara artis dibawakan SSM untuk Karnival ONE apabila memuji para penonton kerana bersikap sporting meskipun beliau berasal dari Pulau Pinang.

Sambil menjemput beberapa remaja menari di pentas, Shina atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir, 30, yang mirip artis terkenal Indonesia, Datuk Sri Rossa Roslaina Handayani; turut terkejut dengan sambutan masyarakat.

“Saya memang tidak sangka ramai anak muda datang ke acara ini. Tahniah orang Sarawak!” jelas beliau yang pernah menjadi pengacara pelbagai program dan aktres siri drama televisyen tempatan serta protege Mentor pada 2011.

Selain itu, beberapa artis tempatan juga menghiburkan peminat antaranya A. Rozainie dan Aiman Tino pada hari terakhir karnival berlangsung Ahad sekali gus berjaya mencipta kelainan tersendiri untuk siri jelajah SSM tersebut.

Dianggarkan lebih 20,000 orang hadir pada Karnival ONE yang diadakan tiga hari bermula Jumaat lalu dan turut menjadi tumpuan ramai peniaga online dari seluruh Sarawak bagi menjana bisnes mereka. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori