TRAGEDI Ghouta satu pengajaran yang mahal. Apabila pejuang anti-Bashar Assad dibiar terkontang-kanting, ia beri gambaran Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Barat tidak lagi mempedulikan pejuang Syria.
Selepas berjaya hasut rakyat Syria bangkit menentang Bashar pada November 2011, dengan memberikan bantuan senjata dan pengaruh antarabangsa, AS dan Barat kini hanya berdiam diri.
Kubu pejuang Syria di Ghouta dibom hampir setiap hari sejak dua bulan lalu. Tujuh tahun lalu, rakyat Syria terpengaruh dengan revolusi Arab Spring yang meletus secara domino di Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir.
Semua Revolusi Cedar tajaan AS mencapai kejayaan di rantau Utara Afrika. Cuma Syria, rakyat gagal menjatuhkan Bashar. Akibatnya, kini enam juta penduduk Syria menjadi pelarian.
Mereka melarikan diri ke Turki, Lubnan, Jordan dan kemudian di Eropah pula, mereka bersepah di Greece, Jerman, Perancis dan Itali. Manakala hampir 600 ribu menjadi korban di Syria sejak bermula Arab Spring.
Reuters melaporkan Tentera Syria menghentikan seketika pengeboman di Douma, kubu terakhir pembangkang di Timur Ghouta. Ini bagi memberikan peluang pejuang anti-Bashar melarikan diri semalam.
Satu gambaran tiada lagi sokongan Barat terhadap nasib pejuang. Ribuan pemberontak dan anggota keluarga mereka meninggalkan Harasta dengan bas selepas berjanji dengan kerajaan untuk menyerahkan bandar itu.
Pemberontak di beberapa bandar kecil berhampiran turut setuju melakukan sama. Walaupun pemerhati hak asasi ‘menjerit’ selama dua bulan mengenai nasib 400 ribu penduduk Ghouta, AS dan Barat memekakkan telinga.
Dalam tempoh itu, 1,600 penduduk awam Ghouta mati dibom. Penduduk dan kumpulan hak asasi menuduh Bashar membunuh secara rawak. Tentera Syria menggunakan bom tong yang digugurkan dari helikopter.
Malah, gas klorin dan bahan bakar turut menjadi mesin pembunuh yang berleluasa. Ingat! AS dan Barat turut berminat dalam memusnahkan Turki dan Malaysia.
Sekiranya rusuhan di Ankara dan Kuala Lumpur berjaya dilakukan, AS dan Barat akhirnya akan membiarkan Turki dan Malaysia musnah seperti Syria.
Mereka telah melakukannya di Afghanistan tiga dekad lalu dan Iraq sudah 15 tahun menderita! – MYNEWSHUB.CC