Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Isu Pembinaan Kuil Besar...

ISU berkaitan agama jika tidak dibicarakan secara betul di khalayak umum, boleh mencetus...

Nasi Campur RM23 Sepinggan,...

TANAH MERAH - Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang...

Biden Tetap Yakin Perang...

WASHINGTON : Kumpulan pemisah pro-Rusia mula memindahkan penduduk awam di timur Ukraine, sekali...

11 Terkorban Akibat Hujan...

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas tembok jambatan yang sedang...

AS Tangguh Cukai Logam Import Ke Atas EU, 6 Negara Lain

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis meluluskan penangguhan tarif ke atas barangan keluli dan aluminium import dari Kesatuan Eropah (EU) dan enam negara lain yang menerima kritikan hebat, lapor agensi berita China Xinhua.

Rumah Putih berkata tarif ke atas keluli dan aluminium import dari anggota negara EU, Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Mexico dan Korea Utara ditangguh sehingga 1 Mei 2018.

“Setiap negara mempunyai hubungan keselamatan yang penting dengan Amerika Syarikat,” kata presiden itu.

Kesemua penangguhan ini adalah berdasarkan faktor membabitkan perbincangan yang berterusan, demikia menurut Rumah Putih.


Trump akan memutuskan sama ada untuk terus mengecualikan negara-negara ini daripada tarif dengan melanjutkan tarikh akhir, atau sebaliknya.

Trump telah menandatangani perintah rasmi untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas keluli dan 10 peratus ke atas aluminium, yang berkuat kuasa pada Jumaat. – BERNAMA

Kategori