Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemuda BN Sarawak Bantu...

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan perjumpaan dengan Watson...

ATM Atur Gerak Pasukan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak satu pasukan tentera...

Mengapa Penggiat Automotif Global...

KUALA LUMPUR - Dalam kalangan penggiat automotif Malaysia, bahang teka-teki mengenai identiti rakan...

Sakit Telinga, Rupanya Semut...

NEW DELHI - Percaya atau tidak, sekumpulan semut besar ditemui sedang leka bersarang...

Aspek Baharu KBAT Dalam UPSR Diumum Hujung Tahun

NILAI – Aspek baharu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada penghujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Beliau berkata ini akan membolehkan kementerian menilai dan melihat potensi penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

“Ini adalah penting kerana KBAT ini adalah sesuatu yang asas. Kalau tidak dapat menguasai ini agak susah untuk maju ke depan dan sebab itu kita amat serius tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) ke-19 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini yang turut dihadiri Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan) IAB Mistirine Radin.

Amin berkata melalui KBAT, ia akan mampu merangsang pemikiran pelajar ke satu tahap yang lebih tinggi.

Calon UPSR 2016 merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur KBAT.

KBAT diperkenalkan untuk mengubah konsep hafalan kepada pemahaman, meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan iaitu lebih menganalisis, menilai serta mencipta dan mewajarkan penyelesaian dan penemuan.


Menerusi KBAT, pelajar dilatih berfikir dan tidak tertakluk kepada buku teks. Selain akademik, mereka perlu menambah pengetahuan dengan keprihatinan terhadap benda-benda di sekeliling, membiasakan serta menyesuaikan mental dan fizikal terhadap ciri-ciri lain dalam kehidupan.

Mengenai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Amin berkata soalan KBAT dalam peperiksaan tersebut kini pada tahap 25 peratus.

“Kita akan tambah setiap tahun sehingga 50 peratus bermaksud SPM tahun ini soalan KBAT adalah 30 peratus dan kemudian untuk tahun depan 35 peratus dan akan meningkat sehingga 50 peratus. Ini menunjukkan betapa seriusnya KBAT ini tetapi kita perlu meletakkan penanda aras untuk tahun ini.

“Berdasarkan kualiti jawapan calon SPM 2017, kira-kira 27 peratus calon menguasai KBAT pada tahap tinggi, 39 peratus pada tahap sederhana dan 34 peratus pada tahap rendah. Secara keseluruhannya saya boleh katakan pelajar kita menguasai soalan KBAT,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSR

Kategori