Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakai Pelitup Muka Dalam...

Individu diberi pilihan sama ada mahu memakai pelitup muka atau tidak dalam premis...

Nak Lontar Kata Kesat,...

NAMA pelakon ini terus melonjak naik seperti roket selepas kontroversi 'drama' putus cinta...

Suami Pengasuh Didakwa Bunuh...

KAJANG - Seorang tukang gunting rambut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini...

Kanak-Kanak Nyaris Maut Berlari-Lari...

SEORANG kanak-kanak di Singapura nyaris dilanggar oleh sebuah kereta selepas berlari-lari di jalan...

Asrama Terbakar Ketika Perhimpunan Sekolah

PENAMPANG – Satu kebakaran berlaku di blok asrama sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi ketika pelajar sedang berkumpul untuk satu perhimpunan mingguan di dewan sekolah berhampiran asrama itu.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, kejadian kira-kira 7.30 pagi itu melibatkan tingkat atas blok asrama lelaki dua tingkat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin di sini.

“Keseluruhan kawasan (tingkat dua) terbakar 100 peratus, namun tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 8.07 pagi dan punca kebakaran sedang disiasat,” kata kenyataan itu.

Seramai 53 pegawai dan anggota diketuai Hamsa Isnurdini bersama empat jentera, dua jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan empat buah utiliti dikerahkan ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.33 pagi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr Mohd Kassim Ibrahim berkata kesemua 117 penghuni asrama lelaki berkenaan akan ditempatkan sementara di satu blok sekolah berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah akan menyediakan tilam dan katil untuk pelajar yang terjejas.


“Alhamdulillah, kesemua pelajar selamat, sekolah dan JPN bersama-sama Pejabat Pendidikan Daerah (Penampang) akan membincangkan mengenai tindakan dan rancangan seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata berikutan kejadian kebakaran itu, sesi persekolahan hari ini ditangguh hingga esok. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori