Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AUDIT: Khairy Arah Pesuruhjaya...

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan Pesuruhjaya Sukan Ahmad Shapawi...

Penunggang Ducati Monster Maut...

KUANTAN - Seorang kontraktor maut selepas motosikal berkuasa besar jenis Ducati Monster yang...

PGPF Kecam Kekerasan Israel...

KUALA LUMPUR - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) pada Rabu mengecam tindakan Israel...

Banjir: 15 Keluarga Dipindahkan...

MELAKA - Sebanyak 15 keluarga di kawasan Melaka Tengah dan Jasin dipindahkan ke...

Atas Isu Keselamatan, Guru AS Diajar Menembak

SUSULAN insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi di Parkland, Florida yang mengorbankan 17 orang termasuk tiga pendidik, sekumpulan guru di sini mula mempelajari teknik menggunakan pistol.

Kaitan: Trump Cadang Guru Bawa Senjata Api Di Sekolah

Latihan mengendalikan senjata api di bandar Irving, Amerika Syarikat (AS) telah disertai seramai 16 guru dan kakitangan sekolah di utara negeri ini bermula Sabtu lepas.

Menurut akhbar tempatan, latihan ini yang dikenali sebagai Latihan Pistol Defensif untuk Guru telah pun disebarkan melalui media sosial.

Salah seorang guru yang menyertai latihan tersebut, Kim Raney berkata, pihak guru sedang mengusahakan yang terbaik bagi mengambil langkah keselamatan.

“Kami lakukan yang terbaik untuk keselamatan di sekolah tetapi tidak tahu apa yang akan berlaku. Adalah lebih baik untuk bersedia daripada tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Baca: Insiden Tembakan: Pelajar, Guru Kembali Ke Sekolah

Seorang bekas anggota polis, Tim Bulot, mempunyai pengalaman selama 30 tahun mengendalikan senjata api, dilantik dengan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru tersebut tentang cara penggunaan pistol.


Beliau yang juga pemilik Akademi Senjata Strategik Texas, kini menjadi pelatih kepada anggota polis dan kontraktor keselamatan.

Sejak insiden tembakan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas pada 14 Februari lalu, isu mempersenjatai guru sebagai cara untuk menjadikan sekolah lebih selamat, hangat diperkatakan.

Presiden Donald Trump menggesa supaya latihan penggunaan senjata api diadakan untuk kakitangan sekolah yang berkelayakan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori