Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pekerja Penghantar Makanan Kantoi...

TIDAK sedar dirinya dirakam, seorang penghantar makanan syarikat Zomato dipecat selepas rakamannya makan...

Adira Enggan Ulas Mengenai...

GARA-GARA si suami memberi komen berbentuk gambar ikon botol susu, ramai pihak mula...

Jersi Tiruan JDT Dijual...

JOHOR BAHRU - Tidak sampai 24 jam, pasukan bola sepak popular tanah air, Johor...

Bayi Hidap Pfeiffer Syndrome...

Tiada ada yang lebih sebak dan memilukan apabila melihat anak yang dikandung selama...

Atikah Azam Khatam Al-Quran Hadiah Awi Rafael

SYUKUR… Meskipun hanya menerima senaskhah Al-Quran sebagai hantaran pertunangannya, Atikah Suhaimie berazam untuk khatam kitab suci tersebut dalam tempoh setahun.

Lebih manis, pemberian istimewa itu sebenarnya dibeli khas dari Masjid Nabawi, Madinah oleh tunang tersayang yang juga penyanyi, Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Ewan Gunawan Rafael.

Sehubungan itu, bagi merealisasikannya, selebriti berusia 27 tahun ini mengakui sedang giat belajar mengaji Al-Quran langsung di bawah bimbingan khas daripada ibu saudaranya di Singapura.

“Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur kerana menerima hadiah istimewa ini. Memang dia sengaja memberinya sekali gus menjadi pembakar semangat supaya saya cepat-cepat khatam Al-Quran.

“Dan… saya pun memang sedang mengikut kelas mengaji sekiranya ada masa terluang,” katanya. Atikah dan Awi selamat mengikat tali pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay, Singapura pada 17 Mac lalu.

Secara tidak langsung, berita pertunangan ini mengejutkan banyak pihak memandangkan dua artis kelahiran Kota Singa berkenaan langsung tidak pernah digosipkan bercinta sesama mereka, sebelum ini.

“Kalau diikutkan, saya sudah lama kenal dia kira-kira lima tahun lalu tapi hanya mulai rapat sejak lima bulan lalu. Ia (hubungan) berlaku secara tiba-tiba dan apabila ada keserasian, kami pun ambil keputusan bertunang,” katanya.

Pasangan sejoli ini juga dijadualkan akan mendirikan rumah tangga pada 15 Mac tahun depan.

“Insya-Allah, keluarga sepakat kami akan bertunang selama setahun. Pada 15 Mac tahun depan akan sentiasa menjadi bulan penting untuk saya kerana ia merupakan ulang tahun kelahiran saya dan ibu saya.


“Jujurnya, saya tak sabar menantikan saat untuk disatukan kerana saya dah ada peneman hidup. Saya rasa ia sesuatu yang sangat manis,” kata Atikah.

Dalam pada itu, bintang filem Highland Tower ini juga mengakui terpikat dengan beberapa ciri istimewa Awi.

“Dia seorang yang sangat matang, memahami, berbakat, menghormati, bijaksana, comel dan pandai dalam apa jua yang dilakukannya.

“Bagi saya dia adalah satu keajaiban. Saya tak tahu macam mana nak terangkan, tapi saya memang tak nampak ciri ini pada orang lain. Itu yang paling istimewa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Atikah sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri dan filem di Jakarta, Indonesia.

“Saya juga bakal muncul dengan single, Aku Menunggu, tidak lama lagi,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori