Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anthony Bourdain Belanja Obama...

PERSONALITI TV popular, Anthony Bourdain berkongsikan foto dia sedang menjamu selera di sebuah...

64% Rakyat Filipina Sokong...

MANILA - Istana Malacanang gembira dengan hasil tinjauan baru-baru ini menunjukkan majoriti rakyat...

Jangan Buat-Buat Tak Tau...

MANTAN perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas alasan Perdana...

Pengisian Pesta Kaamatan Sentiasa...

KOTA KINABALU - Jawatankuasa Pelaksana dan Koordinasi Pesta Kaamatan sentiasa menambah baik pengisian...

Atlet Afrika Selatan Diserang, Hampir Kena Potong Kaki

ATLET triathlon Afrika Selatan, Mhlengi Gwala bergelut untuk menyelamatkan kakinya yang cedera selepas diserang tiga lelaki dengan gergaji rantai ketika mengayuh basikal untuk ke pusat latihan.

Menurut rakan sepelatihnya, Sandila Shange, Gwala terpaksa menjalani pembedahan di kakinya berikutan insiden serangan tersebut namun kini berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital tempatan.

Kejadian ngeri yang berlaku pada awal pagi Selasa di Durban, Afrika Selatan itu terjadi ketika Gwala sedang mengayuh basikalnya secara bersendirian.

Penyerang itu menarik Gwala yang menyebabkan dia jatuh dari basikal dan bertindak memotong kaki kanan Gwala sehingga merosakkan otot kaki Gwala sebelum berhenti apabila senjata tersebut tersekat di tulang kakinya.

Lapor The Independent, mereka kemudiannya mula bertindak mencederakan sebelah lagi kaki Gwala sebelum melarikan diri. Ini menyebabkan Gwala berjaya merangkak ke tepi jalan dan meminta pertolongan.

Doktor yang merawat Gwala optimis kakinya dapat diselamatkan memandangkan pelaku-pelaku tersebut tidak merosakkan arteri utama kaki Gwala dan menyebabkan nyawanya tidak terancam.

Jurucakap polis, Nqobile Gwala memberitahu bahawa atlet tersebut pada ketika itu menyangka dia sedang dirompak dan memberikan beg duit dan telefon bimbitnya.

“Dia menyangka mereka datang untuk merompak ketika ditahan. Gwala menyerahkan telefon bimbit tetapi mereka menolak. Mereka juga tidak mahu jam tangan atau basikalnya,” kata Shange.

“Mereka menariknya ke tepi jalan ke kawasan semak sebelum mengeluarkan gergaji rantai untuk memotong kakinya.

“Mereka cuba memotong kaki kanan tetapi gergaji rantai tumpul menyebabkannya tersangkut pada tulang. Selepas itu, mereka mencuba kaki kiri pula,” katanya.


Tambahnya, siasatan lebih lanjut sedang dijalankan pihak polis bagi mencari pelaku-pelaku berkenaan.

Kejadian tersebut nyata membuka mata para atlet Afrika Selatan disebabkan ramai di antara mereka keluar bersendirian di awal pagi untuk ke pusat latihan di kawasan Durban.

Gwala dikenali sebagai atlet contoh di Afrika Selatan selepas berjaya meninggalkan ketagihan arak dan dadah sebelum ini dan telah mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa di Amerika Syarikat dan Belanda, tahun lalu.

Kejadian tersebut membuka mata seorang atlet lagi atlet triathlon, Henri Shoeman, yang memenangi pingat gangsa pada sukan Olimpik Rio 2016, mengatakan perkara tersebut jijik dan mempersoalkan tahap keselamatan di Durban.

“Rakan saya disamun tiga lelaki pagi ini, mereka cuba memotong kedua kakinya. Gergaji rantai tersebut tumpul dan mereka cuba memotong sebelah lagi kaki.

“Perkara ini sangat menjijikkan. Selamatkah kita di Afrika Selatan?” tulisnya di laman Twitter.

Triathlon membabitkan acara renang, berbasikan dan larian yang hanya boleh dilakukan atlet yang mempunyai stamina dan daya tahan yang tinggi. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori