Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cadang Sekolah Tubuh Jawatankuasa...

KUALA NERUS - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mencadangkan...

Johor Rancang Bina Lapangan...

JOHOR BAHRU - Kedatangan pelancong ke kawasan Mersing yang terletak kira-kira 130 km...

Robot Sophia Kongsi Pandangan...

KUALA LUMPUR - Sophia, robot humanoid sosial yang dihasilkan oleh syarikat Hanson Robotics yang...

‘Bullet Train’ Jepun, Shinkansen...

TANGGAL 1 Oktober 1964, kira-kira jam 10 malam, kurang seminggu setengah sebelum bermulanya...

Atlet Pecut Perlu Program Latihan Khas Luar Negara

KUALA LUMPUR – Jurulatih pecut negara, Mohd. Poad Md. Kassim berharap Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyediakan program latihan khas untuk pelari pecut negara menjalani latihan di luar negara.

Mohd Poad berkata latihan di negara yang mempunyai altitud tinggi seperti Jepun dapat membantu atlet pecut mencatat masa terbaik serta teknik larian mereka, seperti dipraktikkan tahun lalu di Afrika Selatan.

“Tahun lepas untuk persiapan Sukan SEA, atlet pecut berlatih di Afrika Selatan, ketika di sana atlet pecut, Khairul Hafiz Jantan dapat melakukan catatan masa yang bagus. Selain fasiliti sains sukan yang lengkap, latihan di luar negara memainkan peranan penting untuk skuad olahraga.

“Saya sudah berbincang perkara ini dengan pihak MSN dan persatuan. Saya berharap mereka dapat menyediakan program latihan khas kepada atlet pecut negara. Saya faham masalah kewangan juga menyukarkan perancangan itu.

“Tumpuan saya pada tahun ini adalah Sukan Asia. Saya yakin atlet pecut mampu memberi tentangan sengit pada penampilan pertama mereka kali ini di Indonesia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Poad berkata Malaysia mempunyai kawasan altitud tinggi seperti Cameron Highlands tetapi tiada kemudahan trek untuk atlet olahraga manakala trek olahraga di Kompleks Sukan Ranau di Sabah pula tidak dibaik pulih.


Penerima anugerah jurulatih lelaki kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2017 itu, berkata Institut Sukan Negara (ISN) turut memberi bantuan dalam aspek sains sukan dengan menggunakan fasiliti yang diberikan dan pemantauan oleh pegawai ISN ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

“Saya sangat hargai, walaupun jauh mereka (pegawai ISN) tetap datang memantau perkembangan atlet. Menerusi data yang diberikan, saya sebagai jurulatih juga tahu di mana kelemahan saya,” katanya.

Mengenai persiapan ke Sukan Komanwel yang akan berlangsung pada 4 hingga 15 April ini, Mohd Poad mahu atletnya mengambil peluang beraksi bersama jaguh pecut bertaraf dunia di Gold Coast nanti, sebagai motivasi terbaik untuk bertanding di Sukan Asia di Indonesia pada 18 Ogos hingga 19 September ini. – BERNAMA

Kategori