Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

MARA Longgar Syarat Tajaan...

PUTRAJAYA - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melonggarkan syarat penajaan kepada pelajar daripada...

Remaja Perempuan Hilang Di...

JOHOR BAHRU - Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika sedang...

Saksi Bicara Laporan Audit...

KUALA LUMPUR - Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara, Nor Salwani...

Dua Majikan Gaji PATI...

BALIK PULAU - Dua majikan warga tempatan dan tujuh pendatang asing tanpa izin...

Piala Sultan Azlan Shah: Australia Ketepi India 4-2

IPOH – Pasukan terbaik dunia, Australia mengetepikan cabaran India 4-2 dalam saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-27 di Stadium Azlan Shah di sini, hari ini.

Kemenangan Australia di bawah kendalian Colin Batch itu menyaksikan pasukan berkenaan mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, sekali gus mengungguli carta kedudukan dengan mengumpul sembilan mata.

Australia yang bermula dengan rentak perlahan hari ini, dilihat hanya mampu mendapatkan satu gol pada separuh masa pertama pada minit ke-28 menerusi kapten pasukan Mark Knowles selepas dihadiahkan pukulan penalti.

Bersambung separuh masa kedua, skuad Kookaburras mula memperkemaskan bahagian serangan sehingga memperoleh tiga gol lagi, masing-masing melalui Aran Zalewski (minit ke-35) dan Daniel Beale (38’) menerusi gol padang, serta Blake Govers (40’) yang menjaringkan gol hasil pukulan sudut penalti.

India yang enggan memberi kemenangan mudah mula melipatgandakan asakan dan berjaya menembusi kubu pertahanan Australia dua kali menerusi Ramandeep Singh (52’ dan 53’) dengan kedua-duanya melalui gol padang.

Terdahulu dalam saingan pada sebelah petang menyaksikan England menang 4-1 ke atas Ireland.

Barry Middleton dan Sam Ward, menjadi wira England selepas membantu pasukan itu mendapatkan tiga mata penuh pada perlawanan hari ini.


Barry menjaringkan gol pada minit ke-15 menerusi pukulan sudut penalti dan minit ke-60 melalui gol padang manakala Sam menjaringkan gol pada minit ke-37 dan 51 menerusi gol padang.

Gol sagu hati Ireland dijaringkan Julian Dale pada minit ke-39 menerusi gol padang.

Berikutan kekalahan itu, Ireland kekal di tangga tercorot carta. – BERNAMA

Kategori