Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bajet 2018: Inklusif Dan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang...

PAS Sokong Penubuhan JKMMS...

KUALA LUMPUR - PAS menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah...

Orang Ramai Terkejut Tok...

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dikenali dengan budaya kerja...

Suami Isteri Ditahan Bersama...

Kuala Terengganu: Pasangan suami isteri ditahan bersama dadah seberat enam kilogram (kg) dianggarkan...

Autism Cafe Project Bakal Dibuka Di Temerloh

TEMERLOH – Kejayaan seorang remaja autisme mengusahakan perniagan kedai makan di Lembah Klang membuka mata banyak pihak untuk terus memberi sokongan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Lebih istimewa, Luqman Shariff Mohd Adly, 19, kini membantu tujuh lagi remaja senasib dengannya dengan menggaji mereka bekerja di Autism Cafe Project yang kini mempunyai tiga cawangan sejak mula dibuka di Puchong, Selangor dua tahun lepas.

Cawangan terbaharu kafe yang diasaskan oleh bapa Luqman Shariff, Mohd Adly Yahya, 54, besar kemungkinan berada di tengah bandar Temerloh apabila Open University Malaysia (OUM) menawarkan tapak perniagaan di hadapan bangunannya.

“Jika berjaya membuka cawangan di sini ia adalah sejarah baharu bagi kami kerana ia akan menjadi cawangan pertama di luar Lembah Klang sekali gus dapat membantu lebih ramai anak autisme mahir dalam pengendalian makanan,” katanya.

Mohd Adly ditemui pada program seminar Cakna Integrasi Pendidikan Untuk Anak-anak Berkeperluan Khas (CINTAA) 2018 di OUM, Temerloh di sini baru-baru ini.

Beliau menambah tawaran oleh OUM Temerloh itu bukan hanya menggembirakan dirinya tetapi juga ibu bapa yang mempunyai anak autisme kerana ia menunjukkan bahawa insan istimewa turut mempunyai kebolehan untuk berdikari jika diberi peluang.

“Autism Cafe Project bermula apabila saya runsing memikirkan apakah cara terbaik untuk membolehkan Luqman berdikari dan menguruskan diri jika saya sudah tiada.

“Saya cuba buka kedai basuh kereta dan dobi namun tidak sesuai sehinggalah satu hari apabila saya lihat Luqman suka membasuh pinggan dan terus dapat idea untuk membuka kedai makan,” katanya.

Bagi memastikan perniagaan itu berjaya, Mohd Adly sanggup berkorban dengan meletak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Standard Charted Foundation pada Disember 2015 supaya masanya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada idea tersebut.

Beliau juga menjual sebuah kereta peribadi bagi mendapatkan modal permulaan sebanyak RM35,000 untuk memulakan perniagaan.

Adat berniaga, Mohd Adly diuji pada peringkat permulaan apabila perniagaan diusahakan kurang mendapat sambutan ekoran hanya dijalankan di sekitar kawasan perumahan.


“Kami semakin stabil selepas 1Malaysia for Youth (1M4U) membantu kami mendapatkan kawasan perniagaan lebih strategik sehingga orang ramai mula mengenali kami,” katanya.

Mohd Adly berkata dalam operasi perniagaan itu, Luqman Shariff bertindak sebagai ‘ketua kebersihan’ iaitu membasuh pinggan dan mengemas kedai manakala tujuh lagi rakannya yang juga menghidap autisme melakukan tugasan lain di kafenya.

Beliau juga berkongsi cerita bahawa anaknya menunjukkan peningkatan dalam kerja apabila kini sudah boleh menghidang nasi lemak kepada pelanggan dan perkara sama juga ditunjukkan oleh remaja autisme lain di kafe itu.

Mohd Adly berkata masyarakat setempat juga memberi sokongan dan membantu menguar-uarkan perniagaannya selepas mengetahui kisah di sebalik penubuhan Autism Cafe Project.

Malah katanya, ada pelanggan yang membayar lebih RM100 hanya untuk sepinggan nasi lemak sebagai tanda menghargai usaha mendidik dan membantu anak autisme ini.

“Prinsip saya mudah, kami tidak menolak bantuan dan sokongan dari mana-mana pihak tetapi tidak selamanya bergantung dengan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Adly berharap lebih banyak sektor swasta dan kerajaan akan membantu golongan berkeperluan khas ini memperoleh pekerjaan supaya dapat berdikari seperti orang biasa. – BERNAMA

Kategori